Debat Dr M-Nazri boleh diteruskan dengan syarat peserta tidak menghasut atau mengganggu keamanan.
PETALING
JAYA: Debat antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan
menteri Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz akan diteruskan, dengan lampu
hijau daripada polis.
Pengasas Kumpulan Media Karangkraf Hussamuddin Yaacub memuatnaik
surat kebenaran polis ke Twitter: “Alhamdulillah, surat dari OCPD Shah
Alam baru saja diterima. ‘Confirm’ dialog Tun Dr Mahathir vs Datuk Seri
Nazri Aziz 7 April 2017.”
Dalam surat itu, ketua polis daerah memberi keizinan kepada penganjur
menganjurkan acara itu, dengan syarat memastikan peserta tidak
melakukan apa-apa perbuatan membuat apa-apa penyataan yang akan
mengganggu ketenteraman.
Karangkraf juga diberitahu agar memastikan debat tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
Debat yang pada awalnya dijadualkan pada 25 Mac di Maktab Rendah
Sains Mara Kuala Kangsar ditukar ke hari dan tempat lain selepas polis
Perak menolak permohonan penganjur kerana lewat menghantar permohonan
dan tidaksesuaian kawasan.
Acara ini akan diadakan pada 7 April di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.
Dr Mahathir dan Nazri dijangka menyentuh pelbagai topik antaranya
sumbangan RM2.6 bilion dalam akaun bank perdana menteri, kontroversi
1Malaysia Development Berhad, dan skandal Bumiputra Malaysia Finance era
1990-an di bawah pentadbiran Dr Mahathir.
No comments:
Post a Comment