7/4/17 Malaysiakini
Usul pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa Jenayah)
1965 atau Akta 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang pada persidangan Dewan Rakyat semalam telah mencetuskan
perang mulut antara MCA dan DAP.
MCA
mendakwa dua wakil rakyatnya begitu lantang menentang usul itu semasa
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menyampaikan ucapan
menyokong, manakala tidak ada seorang pun ahli parlimen DAP bangkit
berbuat demikian.
"Walaupun MCA hanya mempunyai tiga penyokong kerajaan, dua ahli
parlimen MCA - Anggota Parlimen Tebrau Khoo Soo Siang dan Anggota
Parlimen Alor Gajah Datuk Koh Nai Kwong berpendiriah teguh dan mencabar
usul PAS itu dengan melemparkan soalan.
"DAP mempunyai 36 ahli parlimen tetapi senyap atau tidak kelihatan. Di mana mereka?" soal MCA di media sosial semalam.
Takiyuddin menyampaikan ucapan menyokongnya selepas Hadi
membentangkan usul yang bertujuan untuk meningkatkan had hukuman bagi
kesalahan syariah kepada penjara sehingga 30 tahun, denda maksimum
RM100,000 dan sebatan sehingga 100 kali.
Had semasa hukuman jenayah syariah adalah penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.
Khoo, yang mencelah semasa ucapan Takiyuddin berkata, masyarakat
bukan Islam melihat usul Hadi sebagai melanggar Perlembagaan
Persekutuan, manakala Koh menyoal sama ada pindaan itu bertentangan
dengan Perkara 8 Perlembagaan mengenai isu kesamarataan di sisi
undang-undang.
Ketua
Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon juga mendakwa bahawa tidak ada ahli
parlimen DAP bersuara di Dewan Rakyat semasa sidang semalam.
"Kedua-dua Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, malah tidak ada di dalam Dewan," kata Chong dalam akaun Facebooknya.
Warga maya, bagaimanapun menyangkal dakwaan MCA itu, dengan berkata
Kit Siang dan rakannya Gobind Singh Deo, cuba menghalang Hadi daripada
membentangkan usul itu walaupun sebelum ahli parlimen Marang sempat
membacakannya.
No comments:
Post a Comment