Sinar Harian
25 Mei 2017
Mufti
Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menerima
kunjungan Abdul Salam di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.Foto-Mufti
Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad
Al-Bakri, hari ini menerima kunjungan daripada bekas gangster Australia
di pejabatnya.
Berkongsi di laman Facebooknya, Zulkifli berkata, banyak perkongsian yang beliau dapat dalam pertemuan itu.
"Ahlan wa sahlan (selamat datang) kami ucapkan kepada Abdul Salam, 42,
(Vince Focarelli), bekas gangster di Australia yang menziarahi kami di
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
"Mendengar bagaimana beliau menerima hidayah untuk memeluk Islam, cukup
menginsafkan kami mengenangkan kebesaran ALLAH SWT," katanya di
Facebooknya.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata "benarlah bahawa hidayah itu milik ALLAH SWT semata-mata,".
[ARTIKEL BERKAITAN: Ketua gangster peluk Islam, beri makan percuma]
Vince Focarelli sebelum memeluk Islam, merupakan ketua kumpulan
Comanchero pernah terlibat dengan beberapa jenayah berat termasuk
pengeboman yang membunuh dua orang ahli kumpulan gangster Hells Angels.
Anak Vince, Giovanni terbunuh dalam satu kejadian tembak menembak antara kumpulan gangster di Dry Creek pada 2012.
No comments:
Post a Comment