Jomo berkata negara akan mengalami
'deindustrialisasi' atau pengurangan kekuatan industri yang tidak baik
untuk pertumbuhan dan pembangunan negara
Beliau berkata keadaan ini menyebabkan negara mengalami
“deindustrialisasi” atau pengurangan kekuatan industri yang menurutnya
tidak baik untuk pertumbuhan dan pembangunan negara.
Beliau mengulas pengumuman penjualan 49.9% saham Proton oleh
DRB-HICOM kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Holding Group Co
Ltd (Geely).
“Saya sangat risau dengan masa depan negara dengan melihat apa
berlaku kepada sektor perindustrian. Apa yang terjadi kepada Proton
adalah sebahagian daripadanya.
“Akhirnya apakah manfaat (penjualan pemilikan Malaysia) kepada
rakyat? Pada kebanyakan masa, kita melayan (pelabur asing) lebih baik
daripada pelabur tempatan sendiri,” katanya ketika ditemui selepas
program anjuran Bersih semalam.
Namun, beliau berkata terlalu awal untuk menyatakan apakah
pengambilalihan Proton itu akan membawa kebaikan atau keburukan kepada
syarikat automotif tersebut.
“Ia boleh jadi bagus tetapi ia bergantung kepada perancangan Geely.
Jika ia mahu menggunakan Proton sebagai platform menembusi pasaran
antarabangsa, Proton mungkin akan menjadi lebih berdaya saing – sesuatu
yang gagal dicapai sebelum ini,” katanya.
“Banyak kemungkinan boleh berlaku. Tidak banyak maklumat tentangnya…
Saya ingin tahu apa perancangan Geely terhadap Proton dan mengapa ia
tidak dibuat secara usaha sama,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai
penolong setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi
hal ehwal ekonomi.
Dalam perkembangan semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kecewa apabila Proton kini “bukan lagi kereta nasional”.
“Kita harus tanya, apa lagi nak dijual?” soal pengerusi PPBM itu selepas program ceramah di Kampung Baru malam tadi.
Sebelum ini, Malaysia juga merancang untuk menjual sebahagian besar
pegangan dalam projek Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX)
kepada konsortium milik China tetapi dibatalkan.
Mengulas lanjut, Jomo berkata ada kemungkinan setiap urusniaga dengan
pihak luar dibuat dengan pendekatan “menyelesaikan urus niaga secepat
mungkin”.
“Ia juga dibuat bukan berdasarkan kajian kebolehlaksanaan tetapi
berdasarkan apa yang dirasakan baik oleh ahli politik yang tidak tahu
secara terperinci soal ini.”
No comments:
Post a Comment