SHAH ALAM - DAP memberikan tempoh selama 48 jam kepada Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menghantar surat rasmi berhubung
arahan bagi mengadakan pemilihan semula jawatankuasa Eksekutif Pusat
(CEC) parti tersebut.
Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata, sekiranya
tiada sebarang surat rasmi diterima menjelang Jumaat ini, parti itu
tidak mempunyai pilihan lain dan perlu mempertimbangkan opsyen yang ada
bagi menangani permasalahan tersebut.
“Kita tidak boleh mengadakan pemilihan baru semula tanpa sebarang komunikasi rasmi dari ROS dan itu menjadi pendirian saya dalam hal ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: SPR tidak campur tangan isu CEC]
“Oleh itu, surat itu amat penting bagi kami malah ia mesti menjelaskan
sebarang keputusan dibuat dan perintah atau arahan yang perlu kita
patuhi,” katanya dalam kenyataan, semalam.
ROS dalam satu kenyataan sebelum ini mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan baru bagi jawatankuasa eksekutifnya.
Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, keputusan
itu dibuat selepas pihaknya mendapati bahawa pemilihan semula DAP yang
diadakan pada 29 September 2013, tidak mengikut undang-undang.
Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong mendakwa ROS sebenarnya cuba
untuk melengahkan masa bagi berkomunikasi secara terus dengan DAP.
“Kelewatan oleh ROS ini akan memberi kesan kepada kami (DAP) dan ia pastinya akan menjejaskan parti,” katanya.
Tambah beliau, ROS perlu menjelaskan sama ada surat rasmi tersebut akan
dihantar atau tidak bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil
selepas ini.
“Adakah tindakan ini (pemilihan CEC) akan diambil hanya berdasarkan kepada kenyataan media mereka (ROS) sebelum ini?
“Sebab itulah mereka perlu menghantar surat rasmi tersebut kepada kami (DAP),” katanya
No comments:
Post a Comment