Malaysiakini 24/7/17
Anggota parlimen pembangkang hari ini memaklumkan, lebih daripada 30
soalan berkaitan 1MDB telah ditolak oleh speaker Dewan Rakyat.
Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, mempersoalkan tindakan itu serta alasan yang diberikan.
Gobind berkata, sebagai seorang anggota parlimen menjadi tugas mereka untuk membangkitkan isu-isu rakyat di parlimen.
Malah, katanya, soalan-soalan yang diajukan mereka kepada pihak kerajaan juga merupakan soalan yang mudah.
Malah, katanya, soalan-soalan yang diajukan mereka kepada pihak kerajaan juga merupakan soalan yang mudah.
"Soalan saya, saya minta perdana menteri menyatakan apakah status
siasatan kes 1MDB dan SRC dan apakah tindakan yang akan diambil.
"Ia soalan yang berbangkit memandangkan tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara mengenai isu ini.
"Speaker sepatutnya tidak menolak soalan seperti ini. Speaker kena
kaji balik kemudahan untuk berbahas. Ini soalan yang akan mendapat
jawapan bertulis," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah anggota parlimen
pembangkang lain iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan
Ismail, anggota parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung dan anggota
parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Jawapan daripada Speaker untuk menolak soalan Gobind ialah, sesuatu
pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapat
buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan dengan perkara
undang-undang yang belum menjadi masalah atau kerana hendak mendapat
jawab dalam perkara yang dimisal-misalkan sahaja
No comments:
Post a Comment