Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur hari ini sebulat suara
menolak rayuan National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd dan
pengerusinya Mohd Salleh Ismail dalam saman fitnahnya terhadap Naib
Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Panel tiga panel diketuai Abang Iskandar Abang Hashim
mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan kenyataan Nurul
Izzah sebagai bukan fitnah dan berkaitan dengan apa yang berlaku di
kawasan parlimennya Lembah Pantai.
Projek KL Eco-City berada dalam kawasan parlimen itu.
Mahkamah itu juga bersetuju dengan penemuan fakta bahawa
pinjaman RM71.4 telah diberikan oleh kerajaan yang dikatakan dideposit
melalui Public Bank telah digunakan sebagai leveraj dalam kes pembelian
lapan harta tanah.
Mahkamah juga memerintahkan NFC dan Salleh membayar kos RM50,000 kepada Nurul.
Dua lagi hakim dalam panel itu adalah Mary Lim dan Badariah Sahamid.
Keputusan itu disahkan oleh peguam Nurul, Razlan Hadri Zulkifli, kepada Malaysiakini.
Salleh dan NFC diwakili oleh peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah.
Hakim Hue Siew Kheng dilaporkan menolak saman NFC dan Salleh pada Mac lepas dan memutuskan Nurul tidak memfitnah mereka.
Hue memutuskan tindakan Nurul dalam kenyataannya itu sebagai wajar dan tidak mempunyai niat jahat.
“Undang-undang menghendaki keseluruhan kenyataan dipertimbang dan dibaca secara keseluruhan.
“Saya bersetuju dengan defendan bahawa kenyataan itu, dibaca secara keseluruhan, bukan fitnah terhadap plaintif kerana kenyataan akhbar itu dibuat oleh defendan atas kapasiti dan kedudukannya sebagai anggota parlimen Lembah Pantai,” katanya.
“Saya bersetuju dengan defendan bahawa kenyataan itu, dibaca secara keseluruhan, bukan fitnah terhadap plaintif kerana kenyataan akhbar itu dibuat oleh defendan atas kapasiti dan kedudukannya sebagai anggota parlimen Lembah Pantai,” katanya.
Salleh dan NDC menyaman Nurul pada Disember 2013 susulan
kenyataannya berkaitan dakwaan anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli
bahawa Salleh memberi lapan harta tanah di KL Eco City dengan dana awam
yang diperoleh NFC.
Dalam kenyataan tuntutannya, Salleh berkata kenyataan
itu menyatakan dia dan keluarganya menyalahgunakan dana NFC untuk
membeli harta tanah peribadi dan bukan untuk syarikat.
Salleh akhirnya tidak mengambil kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh Public Bank.
Salleh akhirnya tidak mengambil kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh Public Bank.
No comments:
Post a Comment