Prof Madya Awang Azman Pawi berkata perkembangan itu
akan meyakinkan pengundi-pengundi Melayu konservatif yang mungkin takut
penguasaan orang bukan Melayu dalam PH.
PETALING
JAYA: Barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan Khamis
lalu selepas lama dinantikan membuktikan tanggapan kononnya DAP akan
memonopoli pakatan pembangkang itu meleset, demikian menurut seorang
penganalisis politik.
Bercakap kepada FMT, Prof Madya Awang Azman Pawi dari Univeriti
Malaya berkata, struktur kepimpinan dengan PKR dan PPBM mengetuai
barisan kepimpinan, menggabarkan dominasi pemimpin Melayu, dengan
jawatan ketua umum, pengerusi, presiden dan 2 daripada 3 timbalan
presiden diperuntukkan kepada orang Melayu.
Ini menurut beliau, akan meyakinkan pengundi-pengundi Melayu
konservatif yang mungkin takut penguasaan orang bukan Melayu dalam PH.
Pengkritik-pengkritik sentiasa menyuarakan fakta DAP, yang merupakan
parti pembangkang terbesar dari segi kerusi Parlimen, akan menjadi
“pemimpin sebenar” PH manakala parti gabungan yang lain hanya
“pengikut”.
Selepas mesyuarat majlis presiden Khamis lalu, PH mengumumkan
pemimpin PKR yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai
ketua umum sementara bekas ketuanya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai
pengerusi.
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dan isteri Anwar,
diumumkan sebagai presiden. Beliau akan dibantu 3 timbalan – Tan Sri
Muhyiddin Yassin (Presiden PPBM), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP)
dan Mohamad Sabu (Presiden Amanah).
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan rakannya dari PPBM,
Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula sebagai naib presiden bersama Pengerusi
DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin
Ayub.
Bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah dilantik sebagai
ketua setiausaha, manakala ahli Parlimen DAP, M. Kula Segaran dilantik
bendahari.
Dalam kenyataan bersama dibacakan Dr Mahathir, gabungan itu turut
mengumumkan akan mengemukakan permohonan baru untuk mendapatkan
pengampunan bagi Anwar, yang kini dilarang bertanding sebagai calon
pilihan raya selepas dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara pada 2015.
“Permohonan yang dikemukakan mengikut proses undang-undang ini,
dengan perkenan…Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Anwar kembali
mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya,” kata
kenyataan itu.
Awang Azman juga berkata, barisan kepimpinan memberi gambaran tentang
bagaimana kerajaan pembangkang kelihatan seperti jika PH berjaya
merampas Putrajaya dari Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum
ke-14 (PRU14).
“Jika anda melihat struktur, seseorang boleh menganggap yang Anwar
akan menjadi perdana menteri sebaik sahaja dia dibebaskan dari penjara
dan menerima pengampunan.
“Pada masa ini, Dr Mahathir akan memegang jawatan tersebut dengan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.”
Anwar, 69, sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai
Buloh berhubung kesalahan meliwat, dan tidak akan dapat bertanding
dalam PRU14 yang perlu diadakan sebelum 24 Ogos 2018.
Awang Azman berkata kombinasi Dr Mahathir, Anwar dan Muhyddin adalah pasukan terbaik untuk menerajui pembangkang dalam PRU14.
Menurut beliau, barisan kepimpinan PH akan menyebabkan “panik” dalam
Umno memandangkan 2 bekas mantan pemimpin Umno kini bekerjasama untuk
memimpin pembangkang.
Sementara itu, Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya Wong Chen berkata,
kesimpulan barisan itu berjaya menyelesaikan krisis kuasa sejak 2 bulan
lalu.
Kata beliau, perkembangan itu juga menunjukkan sokongan jelas yang
Anwar sebagai pemimpin utama, sebagaimana majoriti ahli-ahli Parlimen PH
inginkan.
Katanya, kedudukan Dr Mahathir sebagai pengerusi juga memberi isyarat penting tentang peranan PPBM dalam memerangi kubu Umno.
“Kami menjangka GE14 menjadi persaingan yang sangat sengit dan Anwar dan Dr Mahathir bersama-sama sangat penting.
“Paling penting, dengan adanya Anwar dan Dr Mahathir dapat membantu
(sokongan) parti-parti Sabah dan Sarawak berpindah ke Pakatan Harapan
sekiranya senario parlimen tergantung disaksikan.”
Pun begitu, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas)
melahirkan keprihatinan pihaknya ekoran kurang wakil belia dan wanita
dalam struktur kepimpinan PH.
“Melihat kepada barisan presiden, saya tidak dapat membantu tetapi
hanya memikirkan barisan ikonik daripada kalangan ‘The Who: Meet the new
boss, same as the old boss’,” kata pengurus hubungan luar Ideas, Azrul
Mohd Khalib.
“Kekurangan wakil belia dan wanita dalam barisan ini adalah sesuatu
yang bermasalah. Umur purata adalah 61 tahun dengan yang paling muda
Chong Chieng Jen berusia 46 tahun yang menyegarkan. Wan Azizah adalah
satu-satunya wanita.”
Azrul berkata, banyak negara sedang berusaha untuk mengukuhkan agenda
pembaharuan dengan mempunyai orang muda dalam barisan kepimpinan.
Bagaimanapun katanya, persepsi dan mesej yang dihantar oleh pimpinan
PH adalah pemimpin muda tidak boleh dipercayai, dan pemimpin-pemimpin
lama – yang terdiri daripada lelaki – mahu kekal di barisan hadapan, dan
agenda itu akan menjadi cerita lama yang sama, lagu lama yang sama.
Justeru katanya, persekitaran itu tidak baik untuk mereka yang
mencari perubahan dan mengharapkan pembaharuan dan arah baharu untuk
negara, terutamanya bagi golongan muda Malaysia yang kebanyakannya
merupakan pengundi baru.
“Jika PH berharap dapat meningkatkan jumlah pengundi di kalangan
pengundi muda dan mendapat sokongan mereka, mereka memerlukan
wajah-wajah baharu yang boleh memberi inspirasi, bercakap dalam bahasa
mereka dan tidak takut kepada perubahan.”
FMT
No comments:
Post a Comment