KOTA BHARU - Lawan tetap lawan. Itu kata dua Pas terhadap PKR apabila
parti itu mahu meletakkan calon mereka bertanding di kubu kuat PKR di
kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU14 nanti.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bukan sahaja di
kerusi disandang Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail bahkan
parti itu akan meletakkan calon di semua kawasan lain milik PKR.
“Kita lawan, lawan tetap lawan, memang kalah nombor dua. Kalau lawan
satu sama satu Alhamdulillah. Kalau tiga penjuru pun kita lawan juga.
“Setakat ini memang dah (kita lawan) sebab kita tidak ada hubungan
dengan PKR, jadi mana-mana kerusi PKR kita akan bertandinglah...itu
terserah kepada kita,” katanya.
Mengulas mengenai individu yang sesuai melawan Dr Wan Azizah untuk
memastikan Pas tidak menanggung malu, Mohd Amar memberitahu pihaknya
tidak ketandusan calon untuk bertanding.
“Di Permatang Pauh, calon ramai jadi tidak ada masalah,” katanya.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, bukan
sahaja di Permatang Pauh, Pas juga tidak mustahil akan meletakkan calon
mereka di kawasan yang berpeluang untuk dikuasainya termasuk di kerusi
DAP.
“Kita sedang membuat kajian selain daripada kerusi tradisi. Kita akan
kaji kerusi PKR dan DAP,” katanya yang memberitahu Pas kini sedang
mengintai mana-mana kerusi yang berpotensi untuk parti itu kuasai pada
PRU14.
Baru-baru ini Pas melancarkan jentera pilihan rayanya di kerusi
disandang oleh isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut
menyatakan hasrat untuk bertanding di semua kerusi di Parlimen dan Dun
kawasan tersebut.
Tindakan itu juga mendapat reaksi kurang manis daripada Naib Presiden
PKR, Tian Chua yang menyifatkan Pas sengaja mahu menimbulkan provokasi
dan menguji kesabaran parti itu
Biarlah PAS meletakkan calonnya di mana-mana kerusi pun. PH perlu besar jiwa menghadapinya. Inilah sepak terajang politik. Maka itu, belajarlah dan ambil pengajaran dari setiap situasi tersebut.
ReplyDelete