DEHRADUN - INDIA. Sepasukan doktor berjaya mengeluarkan dua kilogram (kg) gumpalan rambut dalam perut sorang remaja perempuan.
Ankasha Kumari, 16, makan rambutnya sendiri secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan ibu bapanya.
Ibu bapanya pada mulanya tidak mengetahui punca mengapa anaknya
kehilangan berat badan lebih 12kg sehinggalah mereka mendapatkan rawatan
untuk remaja itu.
Remaja itu hilang selera makan dan kerap muntah dan hasil imbasan X-ray
mendapati gumpalan tersebut memenuhi 80 peratus perutnya.
Sekumpulan doktor yang diketuai Dr Abhay Kumar mengeluarkan gumpalan
rambut berkenaan dalam satu pembedahan di Hospital Perubatan Doon di
Dehradun, India.
Menurut Dr Abhay, gumpalan rambut berkenaan memenuhi 250ml ke 300ml
ruang di dalam perut menyebabkan pesakit hilang selera makan.
"Pembedahan ini sangat mencabar kerana kami perlu mengeluarkan kesemua rambut itu sekaligus.
"Kami tidak boleh mengeluarkan satu persatu helaian rambut kerana ia
akan memberikan komplikasi lain kepada pesakit," katanya dipetik
Mirror.uk
Remaja berkenaan kini sedang mengalami proses pemulihan dan menurut
bapanya, Satish Chandra, anaknya itu kelihatan lebih sihat dan gembira.
Sinar harian
No comments:
Post a Comment