Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22
tahun berkata, penyelesaian kepada semua masalah dihadapi rakyat pada
hari ini adalah dengan menyingkirkan Najib dan kerajaan BN.
BUTTERWORTH: Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka berkata, sebelum
ini beliau hanya mahu Datuk Seri Najib Razak disingkirkan dari jawatan
perdana menteri tetapi kini mahu Barisan Nasional (BN) digantikan oleh
Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun memberitahu
penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi rakyat pada hari ini
adalah dengan menyingkirkan Najib dan kerajaan BN.
“Pada suatu masa dulu, saya fikir memadai kalau kita singikirkan
Najib sahaja dan kekalkan kerajaan BN, tetapi kerajaan BN sudah cukup
rosak. Semua mereka terlibat dengan rasuah.
“Kalau BN terus memerintah negara kita ini, percayalah kita akan
menderita lebih lagi,” kata pengerusi PH dalam ucapannya pada program
Jelajah Semarak malam tadi.
Berucap di hadapan hampir 3,000 orang yang berhimpun di padang Majlis
Perbandaran Seberang Perai di Kepala Batas, Dr Mahathir mengimbau
kembali keadaan negara yang lebih baik.
Kata beliau, Malaysia pernah menjadi sebuah negara yang mencapai
banyak kejayaan, daripada menghantar rakyat ke luar negara untuk pulang
sebagai cerdik pandai kepada menawan puncak tertinggi di dunia, gunung
Everest.
“Sekarang kita tak ada duit,” kata bekas perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad dalam ucapannya pada program Jelajah Semarak malam
tadi. FMT
No comments:
Post a Comment