Khairy turut memaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri
Anifah Aman telah berhubung dengan rakan sejawatannya di Indonesia
berkenaan hal sama.
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini
menyampaikan permohonan maaf bagi pihak Malaysia selaku tuan rumah Sukan
SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) kepada seluruh rakyat Indonesia atas
kesilapan melibatkan bendera negara itu.
Ia disampaikan Khairy semasa pertemuan dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi di sini hari ini.
“Ini adalah 1 kesilapan sangat besar dan saya bagi pihak tuan rumah
mohon maaf kepada Bapak Imam dan seluruh rakyat Indonesia atas kesilapan
besar ini,” kata Khairy pada sidang media selepas pertemuan tertutup
kira-kira 20 minit itu.
Bendera Indonesia didapati dicetak secara terbalik dalam buku khas cenderahati KL2017.
Imam Nahrawi menyatakan kekesalan berhubung perkara itu melalui akaun
Twitternya semalam yang kemudian dibalas Khairy juga melalui Twitter
dengan permohonan maaf selain menegaskan kesilapan itu tidak
disengajakan.
Turut hadir pada sidang media itu Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Datuk M. Saravanan, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MON, Tan Sri Tunku
Imran Tuanku Ja’afar dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat
Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc) KL2017, Datuk Seri Zolkples
Embong.
Khairy, yang juga pengerusi Masoc berkata beliau telah mengarahkan
semua buku cenderahati berkenaan tidak lagi diedarkan dan edisi baharu
dengan pembetulan akan dikeluarkan
No comments:
Post a Comment