Mahfuz Omar mempersoalkan bagaimana Tuan Ibrahim boleh berpuas hati dengan pelan rasionalisasi 1MDB yang diterangkan Arul Kanda.
PETALING JAYA: Datuk Mahfuz Omar mengucapkan “tahniah” kepada
presiden dan pengarah eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy kerana berjaya
meyakinkan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan parti
itu sehingga berpuas hati dengan langkah-langkah pemulihan firma
tersebut.
Pada masa sama, beliau juga mengucapkan takziah kepada Tuan Ibrahim
dan PAS yang secara terang diperdayakan oleh “ahli silap mata” 1MDB.
“Saya yakin pimpinan parti saya (PAS) terutama sekali Tuan Ibrahim
tidak akan mudah untuk ‘diperdayakan’ oleh pengurusan 1MDB dalam masa 3
jam,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Namun beliau mempersoalkan bagaimana Tuan Ibrahim dengan selamba boleh “berpuas hati” dengan pelan rasionalisasi 1MDB.
Satu pertemuan meja bulat diadakan secara tertutup antara pimpinan dan sebahagian ahli Parlimen PAS dengan Arul Kanda, kelmarin.
Pertemuan itu diketuai oleh Tuan Ibrahim yang merupakan satu-satunya
pimpinan kanan PAS yang sebelum ini konsisten menegur kepincangan urus
tadbir dan skandal 1MDB.
Menurut Mahfuz, pelan rasionalisasi itu hanya 1 gimik ‘silap mata’untuk menunjukkan 1MDB bebas daripada bebanan hutang.
“Tidakkah Tuan Ibrahim dan rakan-rakan dalam parti saya (PAS) nampak
susunan pelan rasionalisasi 1MDB ini adalah pelan untuk melindungi
penyangak negara dan segala malapetaka serta bala hutang 1MDB yang
akhirnya terpaksa ditanggung dan dibayar oleh rakyat Malaysia,” katanya.
Skandal 1MDB yang disimpulkan sebagai “nasi sudah menjadi bubur” itu
amat jijik dan meloyakan rakyat kerana bubur yang terhasil itu sudah
basi akibat ketidaktahuan tentang selok belok peralatan yang menjadi
penyebabnya
Apa boleh buat.nasi telah menjadi bubur..telan sajalah kaduk..
ReplyDeleteApa boleh buat.nasi telah menjadi bubur..telan sajalah kaduk..
ReplyDelete