Peguam R Sivarasa mengesahkan kenyataan Anwar Ibrahim
adalah sahih dan menafikan dakwaan timbalan pengarah (polis) Jabatan
Penjara.
PETALING
JAYA: Peguam R. Sivarasa menyangkal kenyataan Jabatan Penjara hari ini
yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan
kenyataan mengenai keganasan politik sebagaimana dilaporkan beberapa
portal Isnin lalu.
“Saya boleh mengesahkan Anwar membuat kenyataan pada 14 Ogos ketika
saya berada di sana bersama beliau,” kata Sivarasa kepada FMT.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana Anwar menyediakan kenyataannya.
Berita Harian hari ini memetik Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan
Jabatan Penjara, Supri Hashim sebagai mempersoalkan laporan beberapa
media berdasarkan kenyataan dikeluarkan Anwar pada 14 Ogos memberikan
respons terhadap insiden huru hara di forum “Nothing to Hide” sehari
sebelum itu.
Anwar pada 14 Ogos dibawa keluar pegawai Penjara Sungai Buloh untuk
menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk tuntutan
saman fitnahnya terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
“Anwar dikawal oleh pegawai dan anggota Penjara sepanjang masa ketika
berada di mahkamah,” kata Supri, yang menambah media tidak dibenarkan
berjumpa Anwar sepanjang beliau berada di mahkamah pada hari itu.
Anwar kini menjalankan hukuman 5 tahun penjara sejak 2015, selepas
disabitkan dengan tuduhan liwat membabitkan bekas pembantunya Saiful
Bukhari Mohd Azlan. FMT
Halo
ReplyDeleteSaya Aliciana Castelo seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan pinjaman peluang hayat. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah ia ditolak oleh bank dan agensi kewangan lain? Adakah anda memerlukan penyatuan atau pinjaman hipotek? Tidak perhatikan lagi, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda. Kami meminjam wang dari orang yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan sebesar 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa kami menyediakan bantuan yang boleh dipercayai dan bermanfaat dan kami bersedia menawarkan pinjaman kepada anda.
Hantarkan e-mel kepada kami: (alicianacastelo@gmail.com) Terima kasih