Tidak kira sama ada pembangkang atau kerajaan, ahli politik dilihat tidak mementingkan anak muda.
PETALING JAYA: Aktivis pelajar Anis Syafiqah yang sebelum ini
berdepan tindakan kerana menganjurkan perhimpunan anti-kerajaan mengakui
kebanyakan orang muda sudah “muak” dengan ahli politik.
Anis berkata antara sebab berlaku demikian ialah ahli politik sama
ada di pihak pemerintah mahupun pembangkang, dilihat tidak berminat
dengan kepentingan anak muda.
Anis memberi contoh bagaimana tampuk kepimpinan kerajaan dikuasai golongan “veteran”.
“Saya tak salahkan 100% golongan veteran yang tak memberi ruang
kepada anak muda tetapi saya juga tidak menafikannya sebab anak muda
juga tak ramai mahu mengisi ruang-ruang tersebut,” katanya mengulas
sebuah kaji selidik yang mendapati sebahagian besar belia di negara ini
tidak berminat dengan politik menyebabkan mereka juga tidak berminat
berdaftar sebagai pengundi.
“Saya setuju kalau anak muda sekarang ini rasa dipinggirkan dalam
membuat keputusan politik disebabkan mereka bercelaru dengan keadaan
politik semasa,” kata Anis.
Pengarah Merdeka Center yang menjalankan kajian “Persepsi Anak Muda
terhadap Ekonomi, Kepimpinan dan Isu Semasa Kebangsaan”, Ibrahim
Suffian, berkata budaya politik di Malaysia tidak menggalakkan kritikan
terbuka dan ini antara sebab golongan muda kurang berminat dengan
politik.
Kaji selidik itu antara lain menunjukkan 7 daripada 10 orang muda
tidak mempercayai ahli politik manakala lebih separuh menganggap
pemimpin politik tidak pedulikan rakyat.
Lebih 3/4 daripada responden berkata mereka tidak peduli langsung hal
politik, manakala satu dalam 4 orang percaya kalau terlibat dalam
proses politik pun, mereka tidak dapat mempengaruhi dasar kerajaan.
Anis berkata ramai rakan sebayanya keliru untuk memilih sama ada pembangkang atau kerajaan.
“Banyak kawan-kawan yang dulu ada pegangan politik tak tahu nak undi siapa ini.
“Kalau di media setiap hari ada pergaduhan dalam politik, kerajaan
dan pembangkang, ini membuatkan pening untuk memilih,” katanya, sambil
memberi contoh perpecahan dalaman Umno dan juga Pakatan Harapan (PH).
Seorang lagi bekas pemimpin pelajar, Adam Adli berkata ada beberapa
perkara tidak jelas dalam politik menyebabkan mereka sukar membuat
keputusan memilih untuk mengundi.
Katanya, ia berbeza daripada pilihan raya umum 2008 dan 2013 di mana
seluruh pembangkang jelas agenda menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.
“Ledakan maklumat di sosial media juga ada yang mengelirukan dari
segi fakta, sama ada perkara benar atau tidak juga boleh menyebabkan
anak muda kurang berminat dalam politik,” katanya. FMT
Ivy Chong turut menyumbang laporan ini.
Assalamualaikum wr wb. Saya Sangat berterimah kasih kepada KI RONGGO LAWE
ReplyDeleteberkat semua bantuan yg diberikan saya sdh buka usaha dan memiliki
beberapa Restoran ternama di Surabaya mengatakan ”Saya dulu seperti
orang gila, bahkan hendak bunuh diri, usaha saya ditipu sahabat karib
dan membawa lari semua uang saya. Saya pun harus menanggung hutang
supplier dari usaha kontraktor yang dibawa lari teman saya. Kesana
kemari minta bantuan gak ada yang nolong. Bahkan saya sudah keliling
Indonesia untuk mendapatkan atau mencari pinjaman dan dana gaib, tapi
untung di ujung keputus asa’an saya bertemu dgn KI RONGGO LAWE yang
dikenalkan oleh adik ipar saya, akhirnya bliau menawarkan bantuan Dana
Gaib tanpa tumbal/resiko diawal ataupun akhir dan dari golongan
putih.setelah persyaratanya dilengkapi dan ritual selesai, MENGEJUTKAN
!!!, saya mendapatkan dana gaib sebesar 700jt dihadapan saya.
kalau mau seperti saya hubungi KI RONGGO LAWE Tlp/Sms : 0853-1403-1099 atau KLIK DISINI
solusi tepat salam sukses.
INILAH JENIS MACAM PESUGIHAN DAN BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D.....
>PESUGIHAN TUYUL| PELARIS USAHA
>PESUGIHAN UANG GAIB
>PESUGIHAN JIN KHODAM
>PESUGIHAN ASMA
>PESUGIHAN UANG SEPASANG
>PESUGIHAN UANG BALIK
>PESUGIHAN JUAL JANIN
>PESUGIHAN PUTIH TAMPA TUMBAL
>PESUGIHAN NIKAH JIN
>PELARISAN DAGANG