Anggota Parlimen Parti Amanah Negara (AMANAH) Hanipa Maidin yakin
bahawa rundingan antara PKR dan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum
(PRU) tidak akan datang berjaya.
“(Secara) peribadi, saya tak ada masalah (dengan rundingan) walaupun saya tak optimis (rundingan) akan berjaya.
“Mengenali PAS-lah,” katanya bekas peguam PAS itu kepada Malaysiakini.
“Mengenali PAS-lah,” katanya bekas peguam PAS itu kepada Malaysiakini.
Hanipa antara ramai lagi pemimpin kanan parti itu yang menubuhkan
AMANAH sebagai parti Islam baru selepas tewas dalam pemilihan ketika
muktamar PAS 2015.
Beliau hari ini diminta menghuraikan pendiriannya di Facebook yang menyatakan rasa tidak percaya terhadap PAS dan Umno.
Katanya, beliau mengenali PAS seperti Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) mengenali Umno kerana pernah bersama dalam parti itu.
“...kalau saya, maaf, senang saja, jangan percaya pada dua-dua
makhluk ini, itu saja. Itu sayalah yang tak arif sangat sepak terajang
politik.
“Jika orang lain nak percaya, terpulang pada mereka. Mari kita
merayakan perbezaan, mengikut asas demokrasi, apa macam,” katanya.
Malaysiakini 4/9/17
No comments:
Post a Comment