Monday, September 11, 2017

Baru 3 hari masuk sekolah, pelajar dibuli sampai mati. Angkara gelas ?

10/9/17

 
 SMU MC Model Boys di Pakistan. ©2017 facebook.com
 Seorang pelajar Nasrani, Sharoon Masih (17) dianiaya hingga mati di sebuah Sekolah Menengah Umum Negeri unggulan di Punjab, Pakistan, katika baru tiga hari bersekolah. Setelah insiden baru diketahui ternyata remaja itu kerap menjadi sasaran kekerasan dilakukan sesama pelajkar.

Dilansir dari laman Independent, Ahad (10/9), pelajar Nasrani  itu dipukul  kononnya cuma gara-gara dia minum di gelas yang sama dipakai oleh sesama pelajar beragama Islam.

Salah satu pelaku sudah ditangkap bernama Muhammad Ahmad Rana. Namun, dia beralasan menghajar Masih kerana merosak teleponnya. Dia juga menolak memberitahu nama rakannya yang terlibat dalam kekerasan itu.

Dari hasil bedahsiasat diketahui Masih meninggal akibat luka-luka di kepala dan tubuhnya kerana dianiaya. Sang ibu mendiang sangat terpukul dengan kejadian itu. Sebab, Masih bukan berasal dari keluarga berada dan mesti susah payah menabung buat membayar wang masuk.

Sang ibu, Razia Bibi, mengatakan memang ingin sekali anaknya menempuh pendidikan di sekolah unggulan. Kerana seluruh duitnya habis dipakai buat membayar wang masuk, dia pun tidak sanggup membelikan anaknya seragam khusus sekolah itu.

Alhasil, Masih terpaksa mengenakan seragam lamanya ketika hari pertama masuk sekolah. Hal itu malah membikin dia menjadi hinaan.   Dia ditampar dua kali dan dihukum berdiri di luar sekolah sepanjang hari. Dia juga dipermalukan oleh pelajar lain, dan beberapa yang tahu dia Nasrani berencana memaksanya masuk Islam.

"Belum ada penyiasatan dilakukan. Saya dan dia sangat dekat, dan kami berharap dia dan adiknya dapat membantu kami ketika saya dan ayahnya beranjak tua," kata Bibi.

Ketua Asosiasi Kristen Inggeris Pakistan, Wilson Chowdhry, mengatakan hal ini adalah pengingat bagaimana kerasnya perjuangan dihadapi oleh umat Nasrani di Pakistan.

"Hal ini sebagai pengingat yang kejahatan kerana sentimen kebencian terhadap agama sudah merasuk ke kalangan muda, lewat norma budaya dan kurikulum nasional yang bias," kata Chowdhry.

Pengetua Sekolah MC Model Boys, Saleem Tahir, khabarnya dipecat dari jabatannya kerana insiden itu.
 Disunting dari Merdeka.com 

No comments:

Post a Comment