Mereka disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia selepas gambar suspek ditularkan di media sosial.
KUALA
LUMPUR: Polis mengambil keterangan daripada 13 anggota polis bagi
membantu siasatan berhubung kebocoran maklumat mengenai penahanan suspek
kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Rusdi Md Isa berkata
keterangan mereka diambil semalam mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan
dan Seksyan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat berhubung kebocoran maklumat kes berkenaan,” katanya kepada Bernama malam tadi.
Pada Sabtu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh
mengumumkan 7 remaja berusia 11 hingga 18 tahun ditahan berhubung kes
kebakaran pusat tahfiz itu.
Enam daripada mereka positif dadah dan kesemuanya direman selama 7 hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, fakta kes dan maklumat mengenai penahanan suspek serta
beberapa gambar suspek tular di media sosial sebelum sidang media itu
diadakan kira-kira 8 malam.
Khamis lepas, seramai 21 pelajar dan 2 guru yang bertugas sebagai
warden pusat tahfiz itu, terkorban apabila asrama yang terletak di
tingkat tiga terbakar pada 5.15 pagi itu. FMT
Bocoran 6 d
ReplyDelete