Malaysiakini 17/9/17
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini mencipta sejarah
apabila buat pertama kali mengangkat tokoh wanita bagi menerajui
persatuan itu.
Usahawan tempatan Bibi Ramjani Ilias Khan, 47, menjadi presiden baru
Kafa selepas menewaskan pencabarnya yang juga bekas naib presiden Datuk
Mohamad Nasir Hamzah dalam undian ketika Kongres Agung Tahunan ke-63 di
Kota Bharu, sebentar tadi.
Bibi Ramjani menang dengan undian 32-16 selepas undian dilakukan untuk kali kedua.
Undian pertama dibantah Mohamad Nasir selepas Bibi Ramjani gagal mendapat undi majoriti dengan 32 undi berbalas 19.
Sementara itu, jawatan timbalan presiden dimenangi Datuk Seri Afandi
Hamzah yang menewaskan Datuk Rosmadi Ismail dengan 29-22 undi.
Jawatan naib presiden pula dimenangi Datuk Aizuddin Mohd Ghazali,
Datuk Nik Izani Nik Ibrahim dan Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir.
No comments:
Post a Comment