Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Mat
Suhaimi Shafie berkata, Muhammad Muhd Taib tidak memberi sebarang
sumbangan besar kepada parti ketika beliau bersama PKR.
PETALING
JAYA: Tindakan Tan Sri Muhammad Muhd Taib kembali ke pangkuan Umno
langsung tidak merugikan pembangkang, kata setiausaha politik menteri
besar Selangor.
Ini kerana, kata Mat Suhaimi Shafie, Muhammad tidak memberi sebarang sumbangan besar kepada parti ketika beliau bersama PKR.
“Saya tidak mendabik dada, namun kehilangannya tidak diratapi, malah
adapun tidak menambah, pergipun tidak terasa. Saya hanya ucap selamat
kepadanya,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau mengulas sidang media tergempar yang diadakan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak petang tadi untuk mengumumkan penyertaan
Muhammad dalam Umno semula.
“Saya buat keputusan ini setelah 5 tahun kerana melihat keadaan di
sebelah sana. Saya rasa perjuangan saya sia-sia sahaja,” kata Muhammad
yang juga bekas naib presiden Umno.
Muhammad bersama Umno dan BN sejak 1964, sebelum menyertai PAS pada April 2013 dan melompat ke PKR pada September 2015
No comments:
Post a Comment