(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Tiga anggota DAP hari ini menghantar memorandum kepada
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti itu mempamerkan
senarai nama yang layak mengundi dalam pemilihan semula Jawatankuasa
Eksekutif Pusat (CEC).
Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Taman Ehsan, Klang, L. Pannerselvam;
Timbalan Pengerusi Taman Murni, Sepang A. Thirumalvalavan dan bekas
pengerusi DAP Bagan Luar, Pulau Pinang G. Asoghan menyerahkan tiga
memorandum itu kepada wakil RoS di perkarangan Kompleks D di sini.
Bercakap kepada pemberita, ketiga-tiga perwakilan DAP itu mahu senarai
nama, kad pengenalan dan cawangan 2,576 perwakilan berdasarkan senarai
nama pada 2012 perlu dipamerkan di dalam akhbar serta portal berita
tempatan sebelum pemilihan itu.
Pannerselvam berkata senarai itu bagi membolehkan DAP menjalankan
pemilihan CEC secara telus dan terbuka serta sahih agar senarai nama
perwakilan tidak dipertikaikan.
Menurutnya, pada pemilihan 2013, DAP didakwa telah membawa 120 cawangan tambahan sebagai undi hantu.
“Kami sudah hilang kepercayaan kepada DAP adakan pemilihan tanpa pamerkan senarai nama," katanya.
Dalam memorandum itu, tiga perwakilan itu mahu kertas undi pemilihan
itu dikira di hadapan perwakilan serta proses itu perlu diaudit oleh
firma audit yang disahkan oleh RoS.
Pada 17 Julai, DAP menerima surat daripada ROS yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.
Arahan itu dikeluarkan berikutan ROS masih belum menerima dan
mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan oleh DAP pada 15 Disember
2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.
Menurut laporan media sebelum ini, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok
dilaporkan berkata pemilihan semula dicadangkan pada 10 September.
–Bernama
No comments:
Post a Comment