(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Dakwaan kononnya terdapat lapan Adun PKR akan melompat
parti menyertai Umno bersama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Muhammad Muhammad Taib, tidak benar.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, berita itu hanya rekaan semata-mata yang dibuat pihak tertentu.
“Berita itu tidak betul. Saya pun tidak pernah dengar. Tidak ada
langsung desas-desus. Kita sekarang sedang sibuk membuat persediaan
menghadapi PRU14.
“Saya rasa, cerita itu sengaja direka untuk mengurangkan rasa malu,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (atas pengumuman Muhammad
yang menyertai Umno),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, sidang media khas diadakan untuk mengumumkan penyertaan Muhammad kembali kepada Umno.
Terdapat laporan portal berita mengatakan, Muhammad sepatutnya membawa
lapan Adun PKR dan 13 Adun Pas bersama menyertai Umno, namun hanya
beliau yang muncul pada sidang media, berkenaan.
Muhammad sebelum ini keluar daripada Umno untuk menyertai Pas pada
2013, sebelum meninggalkan parti tersebut dan bersama PKR pada tahun
2015.
Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin turut menafikan
laporan berkenaan dan menyatakan ia hanya cerita dongeng yang sengaja
direka-reka untuk menutup malu sidang media yang dibuat Najib, kelmarin.
Dalam pada itu, Rafizi menghormati keputusan Muhammad meninggalkan PKR.
Ketiadaan beliau untuk bersama Umno bagaimanapun, tidak menjejaskan
PKR.
“Cuma saya terkilan kerana kami banyak meluangkan masa turun ke
kampung-kampung bersama (berkempen) . Saya tahu jiwa beliau rapat dengan
orang kampung.
“Beliau rasa, Umno adalah platform terbaik untuk membela orang Melayu
dan penduduk kampung. Saya hormati pandangan beliau. Pendekatan PKR
dalam membela orang Melayu berbeza dengan yang dibawa Umno,” katanya
No comments:
Post a Comment