PARIS - PERANCIS. Polis Perancis mengesahkan serangan asid yang
mencederakan empat pelajar kolej warga Amerika Syarikat (AS) di
Marseille tidak dianggap sebagai serangan pengganas.
Ketika kejadian kelmarin, seorang wanita berusia 41 tahun bertindak
menyembur asid pada wajah kesemua mangsa, Courtney Siverling, Charlotte
Kaufman, Michelle Krug dan Kelsey Kosten yang berada di stesen kereta
api pelabuhan Marseille.
"Suspek diberkas serta-merta di lokasi kejadian. Kami percaya dia mungkin ada masalah kesihatan mental berdasarkan rekodnya.
"Jadi, serangan itu jelas tiada kaitan tindakan keganasan. Dua daripada mereka melecur," menurut polis.
Sementara itu, jurucakap pejabat pendakwa raya Marseille memaklumkan
suspek tidak membuat sebarang ancaman ekstremis ketika serangan
tersebut.
Difahamkan, tiga daripada mereka adalah pelajar program Kolej Boston
manakala seorang lagi adalah penuntut Copenhagen Business School di
Denmark, lapor Agensi.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment