Ia susulan perbincangan Presiden FAM dan dengan wakil Korea Utara semalam untuk menjamin keselamatan pemain dan pegawai pasukan.
PETALING JAYA: Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
diberikan penghormatan untuk menggunakan ruang udara terus dari Johor ke
Pyongyang, Korea Utara pada bila-bila masa.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu diberikan
penghormatan sedemikian hasil dari perbincangan dengan Charge D’Affairs
Korea Utara, Kim Yu Song semalam.
Kedua-dua pemimpin itu berbincang mengenai isu semasa dan perlawanan
Pusingan Akhir Kelayakan ‘AFC Asian Cup UAE’ 2019 Peringkat Kumpulan B.
Pertemuan dilaporkan melalui Facebook Johor Southern Tigers
menyaksikan Korea Utara dan Malaysia bersetuju untuk menjamin
keselamatan para pemain dan pegawai pasukan.
No comments:
Post a Comment