Ahli PAS yang dungu biasa membuat komen tanpa
memeriksa fakta sebenar, kata Siti Kasim selepas dibidas kerana catatan
mengenai upacara korban Aidiladha.
PETALING
JAYA: Peguam Siti Kasim membidas Wanita PAS kerana tidak memeriksa
fakta sebenar berhubung catatannya mengenai upacara korban Aidiladha
sebelum menyerangnya.
Beliau berkata demikian selepas Ketua Wanita PAS Kedah Siti Ashah
Ghazali menggesa Siti Kasim “jangan mengeluarkan kenyataan mengheret
kesesatan kepada orang lain” kalau pun tidak mempercayai Al-Quran.
Siti Ashah berkata demikian dalam laporan Harakahdaily hari ini, yang
mendakwa peguam itu menganggap ibadat korban bukan dari Al-Quran dan
boleh merosakkan alam sekitar.
“Ahli PAS yang dungu biasa membuat komen tanpa memeriksa fakta sebenar,” kata Siti Kasim dalam kenyataan hari ini.
“Mereka bergantung kepada laporan laman web Menara.my yang diketahui
memutar cerita orang-orang yang tidak selaras dengan kepercayaan mereka.
Catatan saya terbuka kepada umum dan mereka dialu-alukan untuk membaca
catatan itu.
“Meskipun begitu, saya tidak terkejut kerana mungkin mereka gagal
memahami maksud sebenar catatan itu kerana mereka terlalu bodoh.”
Siti Kasim dalam catatan Facebook 1 September lalu menyentuh mengenai
ribuan haiwan yang disembelih atas nama Tuhan sempena Aidiladha dan
berkata korban bukan salah satu rukum Islam.
Klu kau redo apa yg siti kasim tulis dalam fb malah membantu lagi dgn artikel ni...fikir2kanla
ReplyDeleteJual la dunia kau dgn akhirat kau
DeleteKita berdoa satu haru nanti siti kasim sempat bertaubat dan kembalu kpd fitrah.
ReplyDelete