Wanita itu memberi alasan dia terpaksa menghentikan
keretanya di tempat letak kenderaan OKU kerana tiada tempat lain, apatah
lagi dia membeli makanan untuk OKU.
VIDEO inside
PETALING JAYA: Sebuah rakaman video tersebar di media sosial
menunjukkan seorang wanita memaki penguat kuasa Majlis Perbandaran
Subang Jaya (MBSJ) sambil memegang sebatang kunci stereng.
China Press melaporkan wanita itu mengamuk selepas mendapati tayarnya
dikunci pihak berkuasa tempatan berkenaan kerana menghentikan keretanya
di tempat letak kenderaan orang kelainan upaya (OKU).
Wanita terbabit memarahi penguat kuasa itu dengan “menghayun”
sebatang kunci stereng sambil memberi alasan dia terpaksa meletak kereta
di sana kerana tiada tempat lain.
“Saya beli makanan untuk OKU salahkah? Salahkah?” teriaknya berulang kali.
No comments:
Post a Comment