Malaysiakini 15/9/17
Anggota Parlimen PKR hari ini mendakwa MCA "memaksa" pelajar Cina
dari Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) menghadiri perhimpunan
patriotik yang dianjurkan parti itu esok.
Kolej universiti itu mewajibkan pelajar menghadiri acara yang akan
dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dakwa Anggota
Parlimen Selayang, William Leong.
MCA dilaporkan akan mengadakan perhimpunan yang digelar "Perhimpunan
Patriotik Cina Malaysia" di Pusat Dagangan Dunia Putra, di mana
kira-kira 10,000 orang dijangka hadir.
"Berapa ramai peserta yang dipaksa hadir? Orang ramai mungkin bukan
betul-betul menyokong MCA," kata Leong dalam sidang akhbar di pusat
khidmatnya.
Surat bertarikh 6 September yang dikeluarkan oleh kolej universiti itu menyatakan:
"Pelajar TAR UC dijemput menghadiri acara ini. Oleh itu, adalah wajib
untuk semua wakil kelas Cina, pembantu kelas, penerima biasiswa dan
wakil-wakil SRC (majlis perwakilan pelajar) menghadiri majlis itu kerana
ia akan dijalankan dalam bahasa Cina."
Malaysiakini cuba menghubungi ketua pusat TAR UC, Yeoh Hock Seng dan setiausaha agung MCA, Ong Ka Chuan.
Sementara itu, jurucakap publisiti MCA, Ti Lian Ker berkata, acara
itu tidak berunsur politik dan bukan bertujuan untuk menunjukkan
sokongan masyarakat Cina terhadap MCA atau BN.
"Ini adalah perhimpunan patriotik yang dimulakan oleh MCA, iaitu
mengenai nasionalisme, patriotisme dan menampilkan rakyat berketurunan
Cina ke hadapan untuk mempamerkan patriotisme kami.
"Jadi tidak, ada ahli politik yang akan terus mempersoalkan
patriotisme kami, malah Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan patriotisme
kami," katanya ketika dihubungi.
Ikut suka kamu
ReplyDeleteHimpun atau tidak
Harga keperluan TATAP NAIK