Friday, September 15, 2017

Hujan lebat di Kedah diramal berterusan hingga November

 | September 15, 2017
Orang ramai dinasihatkan berjaga-jaga dengan ribut petir dan angin kencang yang biasanya akan melanda waktu petang.
hujan-di-kedah 
ALOR SETAR: Kedah dijangka menerima hujan lebat berterusan sehingga November ini, kata Pengarah Meteorologi Kedah, Rosli Zakaria @ Che Kob.
Keadaan itu disebabkan musim peralihan angin monsun yang biasanya bermula pada September.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai berjaga-jaga dengan ribut petir dan angin kencang yang biasanya akan melanda waktu petang.
“Orang ramai perlu kenal tanda-tanda ribut akan melanda seperti angin, kilat dan guruh serta mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau turut mengingatkan mereka yang tinggal di kawasan rendah agar lebih berhati-hati dan mengikut arahan pihak berkuasa kerana berisiko dilanda banjir kilat.

Pada 7 September lepas, angin kuat menyebabkan lebih 50 buah rumah di daerah ini rosak teruk, manakala 3 kenderaan dihempap pokok tumbang.
Keadaan itu turut menyebabkan beberapa jalan di Alor Setar sesak, terutamanya di plaza tol Alor Setar Utara apabila beberapa pokok tumbang menghalang jalan utama.  FMT

No comments:

Post a Comment