Malaysiakini 14/9/17
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan, Datuk Husam Musa
mengumumkan barisan kepimpinan gabungan itu dengan formula 5-4-1-1 di
antara empat parti komponennya.
Parti Amanah Negara (AMANAH) memegang lima jawatan dan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (BERSATU) diberikan empat jawatan. Manakala DAP dan PKR
masing-masing memegang satu jawatan dalam struktur kepimpinan baru itu.
Bercakap pada sidang media di Wisma Tok Guru, di Salor hari ini,
Husam melantik empat timbalan pengerusi yang terdiri daripada Datuk Wan
Abd Rahim Wan Abdullah (AMANAH), Datuk Kamaruddin Md Noor (BERSATU), Ab
Aziz Ab Kadir (PKR) dan Chua Chin Shui daripada parti DAP.
AMANAH juga dibarisi Mazlan Abdul Rahman sebagai setiausaha dan
Mohamad Husin sebagai pegarah jawatankuasa tawaran dan Pengarah
Undang-undang, Hisham Fauzi.
Sementara itu, dua lagi pimpinan BERSATU diisi oleh Pengarah Pilihan
Raya, Datuk Sazmi Miah (BERSATU) dan Ketua Sekretariat, Soberi Shafii.
Bagi jawatan pengerusi pilihan raya pula dipegang oleh Wan Abd Rahim.
Setakat ini, HARAPAN Kelantan belum memutuskan pelantikan bendahari
dan menetapkan kepimpinan pemuda dan wanita yang akan dibincangkan
kemudian.
Mengulas mengenai pembetulan majlis kepimpinan HARAPAN negeri itu,
Husam berkata, Kelantan adalah sebuah negeri penting kerana mereka akan
berhadapan dengan parti daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
Menurutnya, kerana itu kemajuan kedudukan politik HARAPAN di Kelantan banyak akan menentukan senario Malaysia.
"Kelantan satu negeri yang ditadbir oleh PAS dan kerana itu kami mempunyai tanggungjawab penting.
"Pembentukan HARAPAN Kelantan akan memberi keyakinan kepada rakyat
mengenai parti-parti dalam HARAPAN di peringkat negeri dan ini boleh
menyumbang kejayaan HARAPAN di peringkat nasional," katanya yang juga
anggota dewan undangan negeri (ADUN) Salor.
Tambah beliau, Kelantan yang mempunyai 14 kerusi parlimen dirasakan
perlu dikuasai pada pilihan raya umum akan datang untuk membolehkan
HARAPAN mentadbir Malaysia.
No comments:
Post a Comment