Sinar, 14 September 2017
NASHVILLE - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita didakwa atas tuduhan
cubaan membunuh selepas melepaskan tembakan kepada seorang lelaki
gelandangan di sini bulan lalu kerana dia diminta mengubah keretanya.
Agensi berita melaporkan, Katie Quackenbush, 26, di kenakan denda kerana menembak Gerald Melton, 54, berhampiran Music Row.
Polis Metro Nashville berkata, Melton terganggu oleh asap ekzos dan
muzik kuat dari kereta SUV Porsche milik Quackenbush ketika cuba tidur
pada pukul 3 pagi, dan memintanya memindahkan kenderaan.
Kedua-dua mereka bertengkar dan Quackenbush keluar dari kenderaan dan
menembak Melton dua kali sebelum berlari ke jalan dengan seorang wanita
lain," kata polis dipetik AP.
Sementara itu, Bapa Quackenbush, Jesse Quackenbush membantah akuan
polis dan berkata anaknya melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri
dan tidak pasti sama ada Melton terkena tembakan itu.
Melton masih di rawat di hospital dengan kecederaan yang kritikal.
bergabung dengan kami segera agen judi terpercaya D^E^W^A^P^K :* :* :*
ReplyDelete