Saksi memberitahu pihak berkuasa mereka tidak dapat
melepaskan diri dari bilik asrama melalui pintu kerana ada 2 silinder
gas di kawasan itu.
PETALING JAYA: Bomba sedang menyiasat kemungkinan kebakaran sekolah
tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meragut 24 nyawa hari ini mungkin
kerana perbuatan khianat.
Pengarah Bomba Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata bukti dan
keterangan saksi menyangkal teori awal yang mengesyaki kebakaran
disebabkan litar pintas.
“Selepas pemeriksaan secara teliti dan dengan menggunakan anjing
pengesan, kami dapati kebakaran bermula di luar bilik asrama di tingkat
2.
“Anjing turut terhidu kesan kimia sekitar kawasan itu, jadi kita bawa ke makmal,” katanya kepada FMT.
Khirudin menambah mereka yang terselamat dalam tragedi itu
memberitahu pihak berkuasa yang mereka tidak dapat melepaskan diri dari
bilik asrama itu melalui pintu.
“Ada 2 silinder gas masak di kawasan itu,” katanya
No comments:
Post a Comment