(Ubah saiz teks)
GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Pas berdepan
risiko kehilangan Kelantan pada PRU14 berikutan keengganan parti itu
kembali menyertai pakatan pembangkang.
"Pas akan masih mempunyai sokongan penyokong tegarnya tetapi mereka
akan berdepan 'kekalahan' di semua tempat (ditandinginya pada PRU14
nanti)” dan malah berisiko kehilangan Kelantan,” katanya.
Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang mendakwa Pas tidak boleh
membentuk sebuah kerajaan baharu kerana parti itu tidak mempunyai
cita-cita untuk menjadi kerajaan.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika diminta mengulas
kenyataan Pakatan Harapan baru-baru ini yang memutuskan untuk tidak
bekerjasama dengan Pas pada PRU14.
Sehubungan itu, Lim mengingatkan parti-parti gabungan dalam Pakatan
Harapan untuk tidak berharap Pas akan kembali menyertai pakatan
pembangkang.
Beliau mendakwa Pas kini dilihat lebih cenderung untuk bekerjasama
dengan Barisan Nasional (BN) dan berikutan itu Pakatan Harapan perlu
bersedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU14. -
Bernama
No comments:
Post a Comment