Wednesday, September 6, 2017

PAS Selangor nafi diarah henti rundingan dengan PKR

 | September 6, 2017
Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Selangor, Ahmad Yunus Hairi berkata, rundingan yang dimaksudkan itu tidak terhad kepada persediaan menghadapi PRU14.
Ahmad-Yunus-Hairi-pas-pkr-bendera-logo-malaysiaPETALING JAYA: PAS Selangor menafikan pimpinan pusatnya memberi arahan rasmi menamatkan semua bentuk rundingan dengan PKR.
“Saya tak pasti betul atau tidak, tapi memang tiada arahan daripada PAS Pusat untuk hentikan segala perbincangan sepenuhnya dengan PKR.

“Jadi, PAS Selangor bersedia berbincang dengan sesiapa pun demi kebaikan rakyat dan negara,” kata Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi kepada Sinar Harian.

Beliau yang merupakan seorang daripada 3 exco PAS di Selangor berkata, rundingan yang dimaksudkan itu tidak terhad kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pada 27 Ogos lalu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali dilaporkan berkata, parti itu tidak akan mengadakan sebarang rundingan dengan PKR atau mana-mana pihak yang membawa imej Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi PRU14.

Beliau berkata, PAS hanya akan bekerjasama dengan parti dalam Gagasan Sejahtera yang dibentuk sebelum ini.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali pada 26 Ogos lalu berkata, rundingan pembahagian kerusi dengan PAS bukan inisiatif peribadinya, sebaliknya ia dibuat berdasarkan mandat parti.
Beliau dilaporkan berkata, rundingan “tidak rasmi” itu hanya membabitkan PKR dan PAS.

Jun lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, parti Islam itu masih terbuka menjalin kerjasama dengan semua parti, termasuk PKR dan PPBM, tetapi bukannya Amanah dan DAP.
Bagaimanapun, beliau memberi syarat pelawaan itu terbuka kepada PKR dan PPBM, jika mereka memutuskan hubungan dengan Amanah dan DAP untuk menjatuhkan BN pada PRU14.

Mei lalu, PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR, menamatkan kerjasama hampir 2 dekad dengan parti berbilang kaum itu, selepas menuduh parti reformasi itu melanggar syarat kerjasama politik.

1 comment:

  1. KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.

    Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 400 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
    KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

    *** Angka Ritual Gaib Singapura

    *** Angka Ritual Gaib Hongkong

    *** Angka Ritual Gaib Malyaisia

    *** Angka Ritual Gaib Sidney

    *** Angka Ritual gaib Kuda Lari

    ReplyDelete