Monday, September 4, 2017

Pengguna Facebook bidas umat Islam ‘tayang’ upacara korban

 | September 4, 2017
Pengguna Facebook itu berkata, perbuatan memuat naik gambar binatang disembelih adalah tindakan menunjuk-nunjuk dan tidak berasas dalam Islam.
korban-fb-kecam-aidiladhaPETALING JAYA: Seorang pengguna Facebook hari ini mempersoalkan amalan sesetengah umat Islam “menayang” upacara penyembelihan binatang sempena sambutan Aidiladha di media sosial.

Mujahidin Zulkiffli berkata, perbuatan memuat naik gambar binatang disembelih adalah tindakan menunjuk-nunjuk dan tidak berasas dalam Islam.
“Adakah ini menunjukkan nilai Islam?” soalnya dalam status Facebook berserta sekeping gambar menunjukkan lebih sedozen kepala lembu disusun atas tanah dengan kira-kira 20 orang yang tersenyum berdiri di belakangnya.
Bagaimanapaun, lokasi dan masa gambar itu diambil tidak diketahui.

Mujahidin berkata, upacara penyembelihan binatang perlu dilakukan secara sederhana atau wasatiyyah.
“Dan sememangnya tidak perlu menunjuk-nunjuk seperti ini. Menunjuk-nunjuk dalam Islam dipanggil riak. Dan riak memusnahkan semua pahala diperoleh ketika melakukan amalan baik.”

Umat Islam menyambut Aidiladha dengan menyembelih binatang dan mengagihkan dagingnya kepada golongan miskin.
Mujahidin berkata, menayangkan binatang sembelihan sama seperti membunuh binatang “tanpa sebab tetapi menjadi terkenal dalam kalangan kawan dan menimbulkan kebencian pencinta haiwan”.

“Melakukannya untuk makanan boleh dimaafkan, tetapi terlalu melakukan sesuatu upacara adalah kezaliman.”

No comments:

Post a Comment