Naib presiden PKR mahu melihat sendiri bagaimana Eric See-To 'menggoreng sotong' bila berdepan angka ekonomi sebenar.
SUNGAI BESI: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mencabar Timbalan
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Eric See-To
berdebat mengenai pertumbuhan ekonomi negara dan kutipan cukai Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN), selepas Eric minggu lepas menyifatkan
kenyataan Rafizi sebagai “temberang sotong goreng”.
“Saya menjemput beliau untuk berdebat dengan saya supaya saya boleh
melihat sendiri bagaimana pakar pusing dari BN ini ‘menggoreng sotong’
bila berdepan dengan angka-angka ekonomi yang sebenar,” katanya pada
sidang media di ibu pejabat Invoke Malaysia hari ini.
Rafizi sebelum ini mendakwa kutipan cukai pendapatan tumbuh tidak
seimbang berbanding pertumbuhan ekonomi negara, menunjukkan kerajaan
mengenakan cukai lebih daripada sepatutnya ketika rakyat tidak merasai
kenaikan gaji dan perniagaan tdak membuat keuntungan.
Rafizi berkata kenaikan kutipan cukai tahun ini, yang dijangka
mencecah RM112.3 bilion berbandiing RM60.3 bilion pada 2010, bermakna
Lembaga Hasil Dalam Negeri menjalankan audit secara agresif ke atas
perniagaan yang dikaitkan dengan Pakatan Harapan dan mengutip cukai dari
orang mati.
Eric bagaimanapun mendakwa kutipan cukai pendapatan melepasi
pertumbuhan ekonomi negara bukan sesuatu yang luar biasa, dan membidas
Rafizi kerana tidak mendedahkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Australia ketika membandingkan pertumbuhan kutipan cukai berbanding
pertumbuhan ekonomi antara Australia dan Malaysia bagi tempoh 2010.
Rafizi hari ini berasa gembira “jurucakap utama” Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak menyambut isu kutipan cukai yang “menekan
rakyat”.
“Ramai yang berpandangan Eric See-To ini sebenarnya adalah Lim Sian
See, iaitu mahaguru yang didewa-dewakan oleh tentera siber Umno selama
ini untuk memusing kembali kritikan mengenai prestasi pentadbiran
ekonomi Najib,” kata naib presiden PKR itu.
“Dengan beranggapan bahawa Eric See-To adalah Lim Sian See, maka saya ingin menjawab analisa mengenai percukaian oleh beliau.”
Rafizi pula jawab BN
Eric sebelum ini mengajukan 3 senario yang menyumbang kepada kutipan
cukai lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara, antaranya
peningkatan keuntungan perniagaan, kenaikan taraf pendapatan dan
pertambahan pembayar cukai.
Eric berkata syarikat seperti Tenaga Nasional Berhad mencatatkan
keuntungan sebelum cukai meningkat dari RM1.5 bilion dari 2009 kepada
RM8.1 bilion pada 2016, dan Maybank dari RM1.7 bilion kepada RM8.5
bilion bagi tempoh yang sama.
Eric juga menambah taraf pendapatan rakyat bagi tempoh sama juga
meningkat secara ketara, lalu menyumbang kepada kutipan cukai lebih
tinggi, apabila lebih ramai individu menjadi pembayar cukai.
Eric akhirnya berkata cukai pendapatan dan korporat yang meningkat
juga boleh menyumbang kepada kutipan cukai lebih tinggi namun itu tidak
berlaku kerana sejak Najib menjadi menteri kewangan pada 2008, kadar
cukai korporat yang tinggi turun daripada 27% pada 2007 kepada 24%
manakala cukai bagi perusahaan kecil dan sederhana kini hanya 18%.
Tambahnya, cukai pendapatan bagi mereka yang memperolehi pendapatan
RM100,000 setahun dan di bawah kumpulan pembayar cukai turut turun
daripada 28% kepada 21% bagi tempoh yang sama.
Rafizi bagaimanapun menunjukkan angka yang berbeza. Menurut naib
presiden PKR itu, kutipan pendapatan perseorangan sebenarnya turun
mendadak dari RM51,288 juta pada 2012 kepada RM27,566 juta pada 2016.
“Ini kerana gaji pekerja rata-rata berada di bawah had minima membayar cukai,” katanya.
“Di antara tahun 2013 hingga 2015 seranai lebih 500,000 orang pekerja
Malaysia tidak lagi perlu membayar cukai perseorangan kerana gaji
mereka adah terlalu rendah berbanding dengan had minima pendapatan kena
bayar cukai (sekitar RM4,000).”
Disebabkan keadaan itu kerajaan perlu mengutip cukai tidak langsung seperti GST dan meningkatkan cukai korporat bermula 2014.
“Pengenalan GST pada 2015 menyebabkan cukai tidak langsung dikutip
daripada rakyat meningkat 100% dan kekal sekitar 3.7% dari jumlah
ekonomi negara.
“Manakala bermula 2014 cukai koporat meningkat 2 kali ganda
berbanding 2012, iaitu dari RM23 bilion menjadi RM65 bilion sedangkan
pertumbuhan ekonomi ketika itu hanyalah sekitar 5% bagi tempoh masa
itu,” katanya. FMT
No comments:
Post a Comment