BANGKOK - THAILAND. Ibu tunggal mengaku mencekik anaknya yang juga
seorang autisme berusia 15 tahun sehingga mati kerana dia tidak mampu
lagi untuk menyaranya.
Timbalan Inspektrot balai polis Thung Song Hong, Letnan Ukrit
Suthirapong pergi ke sebuah pangsapuri yang disewa Yolawadee
Suasermsiri, 52, yang terletak di berhadapan Penjara Tengah Klong Prem
selepas wanita itu menelefon stesen itu pada kira-kira jam 3 pagi.
Ukrit dan pegawai dari Bahagian Sains Polis Forensik dan
pegawai-pegawai Yayasan Poh Teck Tung mendapati Yolawadee duduk dan
menangis di sebelah mayat anak perempuannya itu.
Wanita itu memberitahu polis, dia berhenti kerja sebagai pembantu pada
hari Isnin dan mencekik anak perempuannya dengan kain pada pukul 9 pagi
hari yang sama.
Yolawadee berkata, dia tidur di sebelah mayat anaknya itu dan apabila
dia terjaga, dia minum tiga botol bir dan mengambil pol Diazepam untuk
membunuh diri namun dia muntah.
Menurut wanita itu, selepas suaminya meninggal dunia akibat kanser
paru-paru tiga tahun lalu, dia sendiri bertanggungjawab menjaga anak
perempuannya.
Malah menurutnya, dia sangat tertekan dan mengambil dua pil Diazepam setiap hari untuk tidur.
Katanya lagi, anak perempuannya tidak dapat menjaga dirinya sendiri dan
sering keluar dari rumah mereka sehingga menyebabkan dia terpaksa
mengunci anaknya itu apabila dia pergi bekerja.
Mangsa sebelum ini pernah bersekolah di Sekolah Rendah Wat Mahabutr
tetapi berhenti kerana gangguan mentalnya dan telah dirawat di Institut
Rajankul sejak tahun 2006, lapor Asia News Network.
Sinar Harian 13/9/17
No comments:
Post a Comment