Spekulasi sedang tersebar bahawa terdapat dalang yang cuba menjatuhkan pegawai kanan SPRM dengan dakwaan dirinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.
Khabar angin itu mulai tersebar susulan sebuah video mendakwa bahawa kedua-dua mereka beradu asmara di pulau Bali, Indonesia pada bulan Julai.
Video itu juga mendedahkan butiran penerbangan wanita tersebut serta maklumat daftar masuk pasangan berkenaan di sebuah hotel di Bali.
Berita Harian memetik Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk mendakwa pihak yang sudah panas duduk akibat ketegasan SPRM dalam memerangi rasuah adalah dalang di sebalik video berkenaan.
"Saya mengecam pihak tidak bertanggungjawab, yang cuba memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan cerita sensasi yang keterlaluan.
"Semua itu bertujuan untuk mengugut (pegawai itu) dan SPRM daripada bertindak tegas dalam memerangi rasuah, apatah lagi apabila ia membabitkan tokoh ternama dan politik tertentu,” katanya.
Akhbar itu juga dua hari lalu memetik Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tunku Ibrahim sebagai berkata,"pegawai kanan" tersebut adalah mangsa politik.
"Selama ini banyak pihak terutama pembangkang mengadu SPRM hanya tangkap ikan bilis bukan ikan jerung, tetapi di bawah (pegawai kanan itu), SPRM tidak begitu.
“Setiap hari, setiap minggu ada saja individu yang ditahan kerana korupsi dibawa ke muka pengadilan.
"Ramai ahli politik korup tidak senang duduk, jadi mereka mahu jatuhkan beliau dengan persoalkan moral melalui skandal. Perkara ini dibuat untuk menjatuhkan individu, menjejaskan reputasi dan kredibiliti supaya orang memandang remeh SPRM," kata Tunku Aziz.
Sementara itu, penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin pula membuat spekulasi bahawa parti pembangkang seperti Parti Warisan Sabah adalah di sebalik kempen "kotor itu" kerana siasatan SPRM mensasarkan pemimpin tertinggi parti berkenaan.
Pengarang berita kanan Utusan Malaysia, Zulkiflee Bakar, dalam satu rencana hari ini, menawarkan perspektif berbeza dengan membuat spekulasi bahawa tauke perjudian haram mendalangi kempen itu untuk menumbangkan pegawai kanan berkenaan.
“Selama ini, kegiatan jahat mereka bermaharajalela kerana segala-galanya sentiasa dilindungi sama ada melalui amalan rasuah atau ‘mencampakkan’ wang haram melalui aktiviti judi untuk ‘dibersihkan’ ke dalam pelbagai perniagaan dan perkilangan.
“Berselindung di sebalik sektor korporat dan bersedia memberi sumbangan adalah taktik-taktik yang digunakan oleh ‘tauke-tauke’ judi dan ada antara mereka berpangkat ‘Tan Sri, Datuk’ atau ‘Datuk Seri’.
“Situasi inilah yang memungkinkan sindiket judi agak sukar untuk dilumpuhkan selama ini kerana mereka berselindung di sebalik aktiviti bersih untuk menutupi kegiatan haram,” katanya.
Justeru, menurut Zulkiflee, apabila mereka melihat SPRM begitu bersungguh-sungguh memerangi rasuah dan salah guna kuasa, maka sindiket dan konco-konco mereka dalam agensi penguat kuasa tidak dapat duduk diam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pagi ini, berkata polis sedang menyiasat aduan yang didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan.
Usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan dari SPRM mengenai dakwaan itu setakat ini tidak berjaya
Malaysiakini 17/10/17
No comments:
Post a Comment