5/11/17, Malaysiakini
Seorang bapa membuat laporan polis bagi menggesa siasatan terhadap kematian anaknya di penjara Sungai Buloh.
Ong Ah Chew, 61, memberitahu pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong hari ini selepas dimaklumkan oleh seorang pegawai penjara mengenai kematian anaknya yang berusia 34 tahun Isnin lalu.
Anaknya, Ong Kok Leong, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan pada tahun 2012 kerana kesalahan berkaitan dadah.
Menurut laporan polis berkenaan, Ong berkata dia melihat mayat anaknya di rumah mayat Hospital Sungai Buloh dan mendapati ada tanda merah di leher anaknya.
Katanya, pada pukul 5 petang, seorang doktor dari hospital berkenaan berkata kematian anaknya disebabkan jangkitan di bahagian dada.
Namun, Ong berkata dia tidak pernah dimaklumkan oleh sesiapa termasuk anaknya itu mengenai sebarang penyakit.
"Dia kelihatan baik saja dan tidak mengadu tentang apa-apa ketika saya melihatnya pada 21 Ogos," kata Ong.
Ditanya sama ada dia mengesyaki unsur khianat, Ong berkata dia "tidak tahu."
Anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata Ong meminta pertolongannya untuk membuat laporan polis selepas laporan yang dibuat di Balai Polis Jinjang dan Kepong ditolak atas pelbagai sebab.
"Bapa ini mahu punca kematian anak tunggalnya diteliti semula kerana dia berpendapat laporan bedah siasat itu sangat ringkas dan dia tidak menyedari mengenai penyakit anaknya sebelum mati," kata Lim kepada Malaysiakini.

No comments:
Post a Comment