PARIS - PERANCIS. Ruang kosong sebesar pesawat penumpang telah ditemui
di tengah Piramid Agung Giza di Mesir, yang mana ia menyimpan rahsia
tidak pernah diteroka selama 4,500 tahun.
Penemuan ruang digelar Big Void itu adalah salah satu daripada empat
bilik, di samping kamar raja dan ratu serta Great Gallery yang diketahui
wujud dalam monumen gergasi yang dibina di bawah Khufu Firaun.
"Ia sangat besar. Saiz ruang tersebut berukuran seperti pesawat dengan
200 tempat duduk," kata penyelidik bersama projek ScanPyramids, Mehdi
Tayoubi yang meneroka piramid Khufu sejak Oktober 2015 dengan teknologi
yang tidak invasif menggunakan imbasan zarah subatomik.
Jelasnya, terdapat banyak teori tentang kewujudan ruang rahsia dalam
piramid tersebut, namun mereka tidak menjangkakan ia berukuran sebesar
itu.
Difahamkan, para firaun Mesir purba membina piramid untuk menjadi makam
mereka yang turut menyimpan pelbagai harta termasuk makanan untuk
kehidupan selepas mati. - Agensi
No comments:
Post a Comment