Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang menyelar
Jabatan Meteorologi kerana mendakwa diberikan amaran lewat mengenai
hujan lebat di negeri itu.
Pengerusi FMM Pulau Pinang, Ooi Eng Hock berkata Jabatan Meteorologi hanya mengeluarkan amaran di laman webnya pada jam 9.30 malam tadi.
"Apa gunanya mengeluarkan amaran sedemikian pada waktu malam ketika hujan lebat mulai awal pagi?
"Tidakkah jabatan itu meramalkan hujan lebat ke kawasan itu akibat ribut tropika?
"Adakah peralatan radar cuaca kita begitu mundur sehingga kita tidak dapat meramalkan cuaca buruk yang menjejaskan negara kita?" Soalnya.
Katanya, ini bukan kali pertama ribut tropika melanda Pulau Pinang.
Menyedari kerugian ratusan juta ringgit akibat kerosakan harta benda setiap kali banjir berlaku, Ooi berkata lebih banyak peruntukan perlu diberikan oleh kerajaan persekutuan untuk pengurusan banjir.
Pulau Pinang dilanda banjir sejak petang semalam apabila angin kencang melanda pulau itu dan tanah besar, menyebabkan pokok-pokok tumbang dan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat di Pulau Pinang dan sebahagian kawasan di Kedah menerima notis "merah".
Sehari sebelum Jabatan Meteorologi mengeluarkan notisnya, ADUN Tanjung Bungah dari DAP Teh Yee Cheu (gambar) memberi amaran di Facebook kemungkinan hujan lebat berdasarkan data daripada jabatan meteorologi India.
Sementara itu, perkhidmatan bas Rapid Pulau Pinang mengesahkan telah menghentikan operasi buat sementara waktu.
Penumpang dinasihatkan untuk merujuk maklumat terkini di halaman Facebook mereka.

Malaysiakini 5/11/17
No comments:
Post a Comment