Shafie Apdal berkata demikian berikutan dakwaan Loji
Rawatan Air Sungai Intan mempunyai kaitan dengan syarikat proksi kepada
beliau.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) hari
ini mendakwa projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Intan RM48 juta di
Semporna, Sabah, yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), diberi kepada anak saudara Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.
Presiden Parti Warisan Sabah itu berkata demikian di Dewan Rakyat
hari ini, berikutan dakwaan projek itu mempunyai kaitan dengan “syarikat
proksi” beliau.
“Tender dibuka. Yang dapat projek anak buah Musa Aman. Syarikat dia.
Antara lain, perunding yang melakukan projek itu ialah setiausaha
perhubungan Pemuda Umno Sabah sekarang,” katanya semasa membahaskan
Bajet 2018.
Menurut Shafie, LRA Sungai Intan dinaik taraf dan siap tahun lalu,
namun projek RM48 juta itu tidak mencapai kualiti sepatutnya dan gagal
berfungsi ekoran kekurangan air. “Loji itu hanya menyedut angin”.
Projek LRA Sungai Intan dikatakan antara 70 projek yang disiasat SPRM
dalam siasatan ke atas dakwaan penyelewengan RM1.5 bilion yang
diperuntukkan untuk projek luar bandar di Sabah. Sebelum ini dilaporkan
350 projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
membabitkan dana awam bernilai RM7.5 bilion sedang dipantau SPRM.
Projek berkaitan pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya
itu dilaksanakan dalam tempoh 2009 hingga 2015, dilaksanakan di Kota
Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu,
Tawau dan Sandakan.
Shafie hari ini berkata projek LRA Sungai Intan tidak mungkin diteruskan tanpa persetujuan kerajaan negeri dan persekutuan.
“Macam mana ia diselesaikan? Datang tohmahan kononnya syarikat proksi Shafie Apdal dan saya memegang 20% syer,” katanya.
Shafie turut melafazkan sumpah taklik di dalam Dewan Rakyat.
“Wallahi Wabillahi Watallahi dengan nama Allah yang Maha Kuasa saya
tidak tuduh sesuatu perkara. Ini adalah realiti. Saya berharap agar
perubahan kerajaan berlaku dalam pilihan raya akan datang,” katanya.
FMT
No comments:
Post a Comment