Sinar, 8 November 2017
MOSCOW - RUSIA. Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Selasa mengarahkan
bantuan bernilai AS$5 juta disumbangkan kepada Vietnam yang terjejas
akibat taufan Damrey, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Bercakap kepada media, jurucakap Presiden, Dmitry Peskov berharap usaha kemanusiaan itu akan disambut baik oleh negara lain.
Rusia menyeru komuniti global, termasuk negara yang menghadiri sidang
kemuncak APEC, mempamerkan semangat kesatuan terhadap rakyat Vietnam.
Taufan berkenaan membadai Vietnam ketika berlangsungnya Minggu
Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC, di pusat bandar Da Nang bermula 6
hingga 11 November.
Bencana itu, mengakibatkan 69 nyawa terkorban, 30 orang cedera, puluhan
ribu lagi terpaksa dipindahkan dan kira-kira 120,700 buah rumah rosak.
Ia turut merosakkan infrastruktur pengangkutan dan menyebabkan banyak kawasan mengalami gangguan bekalan elektrik. - Bernama
No comments:
Post a Comment