Thursday, November 9, 2017

Wanita cedera digigit lelaki

Wanita cedera digigit lelaki
Foto sumber Dailymail/Malaysian Digest
KURGA - RUSIA. Seorang jururawat cedera selepas digigit seorang lelaki selepas mengadakan temujanji dengan suspek.
Malaysian Digest yang memetik laporan Dailymail mengatakan Irina Gonchar, 42 mengenali suspek, Anatolly Ezhko melalui laman sosial.
Mereka kemudian bersetuju untuk berjumpa dan Irina diberikan alkohol oleh Anatolly.
Anatolly kemudian membelasah dan mengikat Irina, selain menggiti hidung, telinga dan jari mangsa.
Jeritan Irina didengari oleh jiran dan mangsa kemudian diselamatkan oleh polis.
Pemeriksaan di hospital menunjukkan mangsa mengalami retak tulang rusuk dan mengalami luka parah di sekitar anggota badannya.
Anatolly pula dibebaskan dengan jaminan polis.
Anggota keluarga Irina mempersoalkan tindakan polis melepaskan suspek yang dikatakan 'peminat kanibal'.
"Macam mana kalau suspek ceroboh masuk kediaman mangsa dan cuba membunuhnya nanti?" kata seorang saudara Irina. Sinar

No comments:

Post a Comment