Friday, December 22, 2017

ANAK gesa polis segerakan siasatan Felda ‘hilang’ tanah di KL

 | December 22, 2017
Mazlan Aliman mempersoalkan bagaimana lembaga pengarah Felda boleh begitu mudah memberikan kuasa tadbir kepada syarikat Synergy Promenade.
Mazlan-Aliman 
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini membuat laporan polis menggesa siasatan disegerakan berhubung pindah milik melibatkan 4 bidang tanah bernilai RM270 juta.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata beliau yakin polis sudah mengenal pasti mereka yang terlibat dalam penipuan jual tanah Felda itu.
“Jadi kita minta mereka yang disyaki dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya kepada FMT selepas membuat laporan polis Balai Polis Johor Bahru Central pagi tadi.

Semalam, Berita Harian mendedahkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik itu apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Menurut akhbar itu yang memetik sumber, pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkan tanah itu.
Felda dipengerusikan Tan Sri Isa Samad sehingga Januari lalu. Beliau merupakan pengerusi FIC sejak syarikat itu ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga kini.

Semalam, Felda mengakui transaksi tanah miliknya melibatkan 4 bidang tanah memang berlaku dan dianggarkan jumlah keseluruhannya bernilai RM270 juta.
Pengerusi Tan Sri Shahrir Abdul Samad bagaimanapun berkata Felda tidak menerima sebarang wang daripada syarikat yang membeli tanah itu.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata selain laporan polis itu ANAK juga membangkitkan 2 perkara yang perlu dijawab oleh Felda.

Pertama ialah meminta Felda menjelaskan sama ada projek agensi itu diberikan secara tender terbuka, tender terpilih atau tender terus.
“Ini kerana kita meragui macam mana lembaga pengarah Felda memberi projek itu kepada syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd

“Apa kriteria sehingga syarikat ini dipilih? Sedangkan kita dapat maklumat syarikat ini tidak mempunyai kepakaran dan kaitan dengan Felda. Sedangkan Felda satu institusi besar dan mereka bukan sahaja mempunyai anak syarikat yang berkaitan tetapi anak peneroka mempunyai syarikat yang besar pun ada. 

Kenapa tiba-tiba syarikat ini (Synergy Promenade) mendapat projek ini?”
Kedua ialah bagaimana lembaga pengarah Felda dengan pelbagai latar belakang begitu mudah memberikan kuasa tadbir kepada syarikat Synergy Promenade.

“Felda bukan sahaja ada bekas pengerusi Tan Sri Isa Samad di situ dan bekas pengarah besar Datuk Faizoull Ahmad, tetapi ahli lembaga daripada Kementerian Kewangan, kawal selia Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan daripada perbendaharaan.
“Jadi macam mana dengan kepelbagaian lembaga pengarah Felda, begitu mudah projek itu diberikan kepada syarikat Synergy Promenade?” kata Mazlan kepada FMT.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim tidak tahu anugerah projek kepada Synergy Promenade.
Menurutnya, kerajaan tidak boleh lepas tangan untuk menyiasat bagaimana kuasa tadbir projek itu diberikan kepada Synergy Promenade.
 FMT

3 comments:

  1. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    ReplyDelete
  2. ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
    anda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c

    ReplyDelete
  3. bergabung dengan kami segera agen judi terpercaya D^E^W^A^P^K :* :* :*

    ReplyDelete