ENGLAND - BRITAIN. Saintis berjaya memperoleh rakaman terkini babi
hutan yang didakwa telah pupus akibat aktiviti memburu dan kehilangan
habitat.
BBC mengatakan babi hutan jenis Javan (Jawa) Warty berkenaan mungkin
masih hidup dalam jumlah yang sangat sedikit di hutan-hutan di Sumatera,
Indonesia.
Rakaman tersebut diperoleh oleh pasukan penyelidik yang diketuai Dr Johanna Rode-Margono dari zoo Chester di Britain.
Kata Dr Johanna, beliau dan pasukannya teruja kerana tidak menyangka mamalia berkenaan masih wujud dan tidak pupus.
"Kami betul-betul risau jika semuanya telah pupus," kata Dr Johanna kepada BBC.
Katanya, babi Javan Warty dihimpit aktiviti pembalakan berleluasa dan
pembangunan moden, selain diburu secara terus oleh manusia.
Spesis Javan Warty pula dianggap sememangnya dianggap seperti 'sampah'
dan dibunuh secara suka-suka, sama seperti babi hutan di Eropah.
"Jika kita boleh reka satu pelan pemeliharaan dan pemuliharaan, mungkin
kita elak kepupusan mereka. Pada saya, mereka tak hodoh. Mereka
cantik," kata Dr Johanna.
ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
ReplyDeletepin bb#58ab14f5