Saturday, December 23, 2017

Wan Ji: Sikap Hadi berbahaya


Malaysiakini 23/12/17
PAS terutama presidennya dinasihat supaya melihat politik sebagai alat untuk memberikan kebaikan kepada rakyat secara menyeluruh berbanding mempergunakan wahyu untuk memberi kekuatan kepada BN.

Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Wan Ji Wan Hussin berkata berdasarkan kenyataan dikeluarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari semasa ke semasa jelas tiada ketekalan mengamalkan agama pada presiden PAS berkenaan.
"Sikap Abdul Hadi ini - dari satu sudut - amat bahaya dan mampu mengelirukan beliau sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Ji yang juga bekas anggota Dewan Ulama PAS Selangor berkata demikian bagi mengulas kenyataan Abdul Hadi mengenai calon perdana menteri yang dinamakan Pakatan Harapan (HARAPAN).
 Kata Abdul Hadi tindakan pihak terbabit menamakan calon untuk jawatan berkenaan serta pembentukan kabinet lebih awal bercanggah dengan amalan Nabi Muhammad SAW.

PAS calonkan MB
Anggota parlimen Marang itu menjelaskan PAS tidak mengutamakan pembentukan kabinet atau menamakan individu tertentu untuk diangkat sebagai perdana menteri yang kemudian "bakal menjadi bangkai" saja.

"Inilah adab yang diajar oleh Rasulullah SAW apabila Ketua Kabilah Bani Amir ditawarkan kemenangan Islam bertanyakan siapa ketua negaranya, lantas baginda bersabda: Itu urusan Allah yang menentukan dengan kehendak-Nya," kata Abdul Hadi semalam.

Calon perdana menteri menjadi antara isu utama yang membelenggu kesepakatan HARAPAN dan ia turut didendangkan oleh pemimpin BN.
Baru-baru ini dilaporkan gabungan HARAPAN ada mencadangkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah pula dinamakan sebagai timbalan perdana menteri.
Bagaimanapun beberapa pemimpin HARAPAN menjelaskan ia belum dimuktamadkan.

Kata Wan Ji PAS sendiri bukanlah asing dengan amalan menamakan seseorang pemimpin untuk dicalonkan sebagai perdana menteri Malaysia.
Sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-13, katanya, Abdul Hadi antara orang terawal mencalonkan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon pilihan PAS untuk menjadi perdana menteri.

"Semasa isu peralihan jawatan menteri besar Selangor, PAS sendiri antara pihak terawal mencalonkan anggota mereka walaupun secara kesekapatan, PAS bersetuju bahawa calon itu adalah dari parti PKR," katanya.

Kini kata Wan Ji Abdul Hadi bersikap sebaliknya dengan mendakwa HARAPAN tidak mengikut adab Rasulullah kerana mencalonkan tokoh tertentu lebih awal untuk jawatan perdana menteri selepas PRU ke-14 nanti.

Dari suduh fikah politik pula katanya secara umum ulama sepakat mengakui politik Islam adalah berasaskan kemaslahatan kepada rakyat.

"Soal percalonan awal untuk jawatan perdana menteri adalah isu melibatkan kemaslahatan rakyat semasa berhadapan dengan kebejatan pemerintahan BN.
"Justeru, tindakan HARAPAN semasa berhadapan dengan kebejatan dilakukan Datuk Seri Najib Razak dan BN tidak bercanggah dengan roh adab ajaran Rasulullah," katanya.

2 comments:

  1. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    ReplyDelete

  2. bergabung dengan kami segera agen judi terpercaya D^E^W^A^P^K :* :* :*

    ReplyDelete