Malaysiakini 08/12/17
KUALA
LUMPUR: Selepas membakar keratan gambar Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri
Jamal Md Yunos hari ini tampil dengan tukul dan mengugut akan memecahkan
kepala bekas menteri itu, esok.
Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu memberi amaran berkenaan kerana
berang dengan pihak berkuasa yang belum mengambil tindakan terhadap
Zaid.
“Kami sudah bakar gambar Zaid, tetapi sehingga hari ini kami hairan mana pihak polis yang berada dalam negara kita.
“Kalau saya keluarkan perkataan seperti Zaid, sudah pasti satu malam saya duduk dalam lokap.
“Kalau tidak ada tindakan lagi, esok tukul seberat 5kg ini akan
singgah ke kepala dia (Zaid),” katanya sambil memegang tukul dan membawa
keratan gambar Zaid di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Rabu lalu, Jamal membakar keratan gambar Zaid susulan kenyataan bekas
menteri undang-undang itu yang didakwanya mengguris hati Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta rakyat negeri itu.
Jamal membakar “Zaid” yang tertera perkataan “pengkhianat, kurang
ajar, biadab” di luar PWTC dengan disaksikan lebih 20 ahli Umno.
Selasa lalu, Zaid menegur Sultan Selangor supaya berhati-hati dengan
kata-katanya kerana semua akan terkesan apabila negara terbakar.
Zaid mengulas laporan media “Selangor ruler: Dr M will burn the whole country with his anger”.
Semalam, Sultan Selangor dilaporkan mendakwa kenyataannya mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja dijadikan bahan politik.
“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat
rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di
Selangor,” kata Sultan Sharafuddin dalam wawancara bersama Utusan
Malaysia.
Mengulas lanjut, Jamal mendesak polis mengambil tindakan terhadap
Zaid yang didakwanya bertindak melampau dan mengguris hati rakyat
Selangor.
Katanya, beliau lebih rela mati untuk mempertahankan Sultan Selangor daripada dicaci dan dimaki pihak tertentu.
“Hati kami rakyat negeri Selangor sudah terguris, tindakan dan hukuman yang perlu diambil bukan maaf.
“Saya rela mati demi Sultan Selangor, nyawa kami pertaruhkan demi Sultan Selangor.”
Pemimpin Gerakan Baju Merah itu turut mempersoalkan tindakan Menteri
Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan exco negeri mendiamkan diri.
“Di mana Azmin Ali yang sepatutnya pertahankan Sultan Selangor, tetapi senyap sunyi.
“Di mana exco Selangor yang memerintah Selangor yang sepatutnya pertahankan Sultan Selangor. Jangan nak main politik.”
ReplyDeleteQ kerja di Hongkong 3 THN dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat tidur mlm Kerja sampe subuh pgi klo lagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 3 THN, kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Jenggot di facebook, awalnya Q ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp Q beranikan diri coba telpon beliau. Tp Q memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, Q di Hongkong bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah ❤❤❤ jika ada teman minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti Q. Amin...
ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
ReplyDeleteanda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c