Friday, December 8, 2017

Zaid buat laporan polis terhadap Umno Selangor kerana intimidasi jenayah

 | December 7, 2017
Laporan ini susulan kejadian 2 keratan mirip Zaid Ibrahim dibakar kumpulan yang dipimpin Jamal Yunos.
Zaid-Ibrahim-Noh-Omar-for-allegedly-harassing-him-1
PETALING JAYA: Ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim hari ini membuat laporan polis terhadap Umno Selangor dan pengerusinya, Tan Sri Noh Omar kerana didakwa mengganggu, membakar gambarnya dan mengancam membuat laporan polis atas sebab hasutan.
Zaid membuat laporan itu di Balai Polis Bandar Utama mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana intimidasi jenayah.

Bekas menteri undang-undang itu berkata beliau juga menjelaskan apa yang dijangkakan daripada para pemerintah negeri dalam laporan polis itu.
“Saya menjelaskan apa yang dijangkakan dari pemerintah kita sebagai raja berperlembagaan, (iaitu) berkecuali dalam politik terutamanya bila pilihan raya begitu dekat,” katanya.

Laporan ini susulan kepada berita semalam di mana 2 keratan mirip Zaid dibakar di pintu masuk Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur oleh kumpulan yang dipimpin Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos.

Jamal mengadakan sidang media di luar PWTC, di mana Umno sedang mengadakan perhimpunan agung tahunan, untuk mengutuk Zaid kerana Zaid didakwa biadab terhadap Sultan Selangor.
Zaid menggunakan Twitter untuk “menasihati” Sultan Selangor dengan tweetnya: “Sultan Selangor perlu waspada dengan kata-katanya. Tiada siapa yang kebal apabila negara membakar.”

Zaid merujuk kepada wawancara The Star di mana Sultan Selangor mendakwa agenda politik Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad didorongi “kebencian yang mendalam” dan “kemarahan dia akan membakar seluruh negara”.

Noh dilapor berkata Umno Selangor akan mengadakan perhimpunan pada hari Ahad untuk mempertahan dan menyokong Sultan Sharifuddin Idris Shah.
Dia berkata Umno Selangor dan beberapa NGO di Selangor telah pun membuat laporan polis mengenai kenyataan Zaid.

“Kita akan meminta pemuda dari beberapa NGO untuk juga melaporkan polis supaya Zaid akan disiasat mengikut Akta Hasutan,” tambahnya.
Sultan Selangor hari ini beritahu Zaid balik ke Kelantan jika tidak berpuas hati dengan kritikan terhadap Dr Mahathir.
Zaid enggan menjawab kenyataan itu

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

  2. Q kerja di Hongkong 3 THN dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat tidur mlm Kerja sampe subuh pgi klo lagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 3 THN, kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Jenggot di facebook, awalnya Q ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp Q beranikan diri coba telpon beliau. Tp Q memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, Q di Hongkong bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah ❤❤❤ jika ada teman minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti Q. Amin...



    ReplyDelete
  3. ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
    anda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c

    ReplyDelete