Puluhan ribu pemegang saham terdiri daripada masyarakat India tidak mendapat pulangan pelaburan dalam skandal 1980-an itu.
PETALING JAYA: PKR hari ini menggesa sebuah Suruhanjaya Siasatan
Diraja (RCI) bagi menyiasat kehilangan saham Maika Holdings Berhad
(Maika Holdings), sebuah anak syarikat MIC yang terpalit dengan skandal
melibatkan dana bernilai lebih RM100 juta yang dilaburkan masyarakat
India.
Ini kerana ramai pemegang saham syarikat itu tidak mendapat pulangan
pelaburan dan kebanyakannya kehilangan wang mereka, kata Exco Pemuda
PKR, A Kumaresan.
“RM106 juta daripada hampir 66,400 pemegang saham yang terdiri
daripada pekerja ladang dan kumpulan berpendapatan rendah melaburkan
wang ke dalam saham ini dengan mengeluarkan simpanan dan mengutip barang
kemas keluarga mereka.
“Bagaimanapun, pegangan saham Maika tidak dilaksanakan seperti yang diharapkan,” kata Kumaresan.
Maika Holdings ditubuhkan pada 1982 oleh presiden ketika itu, Tun
Samy Vellu, bagi membolehkan kaum India mendapat bahagian dalam
pertumbuhan ekonomi negara dan membantu meningkatkan taraf hidup.
Bagaimanapun, Kumaresan berkata ada pelabur yang muflis kerana tidak dapat membuat bayaran pinjaman di bank untuk membeli saham.
“Kami menggesa kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat punca kehilangan saham Maika,” katanya
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
ReplyDeleteanda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c
ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
ReplyDeletepin bb#58ab14f5