(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Pas bukan berangan untuk menjadi kerajaan Persekutuann
selepas PRU14, seperti yang didakwa Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan),
Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.
Tetapi, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,
menjadi kerajaan adalah cita-cita besar partinya seperti yang dikatakan
oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, minggu lalu.
“Pas bukan berangan-angan dan itu cita-cita Pas,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, Mahathir yang sebenarnya yang berangan-angan untuk memegang tampuk kerajaan,
Beliau turut menempelak Bersatu yang dilihat tidak mempunyai ahli
mencukupi bagi mengerakkan jentera mereka untuk mempromosikan parti
berkenaan.
Sebaliknya, Pas mempunyai ramai ahli yang akan mengerakkan parti untuk
menentang parti-parti lain pada pilihan raya umum akan datang.
“Pas ada jentera, ahli hampir sejuta, cawangan lebih 8,000 buah dan kawasan ada 196 seluruh negara.
“Kita bekerja dan mengubah pendekatan politik kepada budaya politik
matang dang sejahtera yang mengajak agar politik solusi menjadi kaedah
Pas kini. Bukan (politik) serangan mencaci maki yang membosankan
rakyat,” tegasnya.
Minggu lalu, Mahathir menyatakan bahawa Pas hanya ‘angan-angan Mat
Jenin’, susulan keputusan parti itu untuk bertanding di lebih 130
kawasan Parlimen pada PRU14 kelak.
Dakwanya, tindakan Pas itu dilihat hanya akan memecahkan undi sesama
parti politik dalam PRU14 dan ini akan memberi kelebihan kepada BN untuk
memenangi pilihan raya umum terbabit.
Titm derhaka pd hadi. Hadi dh kata nk 5 negeri je ko tkfaham ke titm.
ReplyDeletePas bukan nk perintah msia. Pas nk 5 negeri je. Klu menang yg lain pun pas akn serah pd umno sebb tu janji hadi.
5 negeri+keredhaan allah... ini yg pas nak.
Titm jgn tamak nk perintah msia. Kata2 ini yg blh mnyebabkn umno xsyg pas. Dh bg dedak ada hati nk ganti umno perintah msia nk makan tuan...klu pun menang.
Otak ostad2 dh konfius, sekali kata tk mau skali kata mau perintah.
ReplyDeletePas ada kelayakan ke Datok? Yg teman nengok, kelayakan utk memaki lawan politik pas yg kluk-klek memang top!!!